Kumpulan Mahasiswa UM Minta Najib Salur Derma RM2.6 Bilion Kepada Universiti

October 30, 2015 by Caspian

Category: politik

Sekumpulan mahasiswa Universiti Malaya menyarankan perdana menteri mendermakan RM2.6 bilion kepada universiti itu susulan potongan bajet tahun depan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Wan Asraf, 30 Oktober, 2015.

 

Kumpulan mahasiswa Universiti Malaya (UM) menyarankan Datuk Seri Najib Razak mendermakan wang RM2.6 bilion di dalam akaun peribadi beliau kepada universiti terbabit, susulan jumlah tersebut tidak dilihat dalam peruntukan Bajet 2016 yang dibentangkan di Parlimen minggu lepas.

Presiden Persatuan Mahasiswa Islam UM Muhammad Wafiuddin Rosli berkata, kesatuan mahasiswa universiti turut menuntut perdana menteri menjelaskan kegunaan dana RM2.6 bilion yang dikatakan diterima beliau daripada penderma Timur Tengah.

“Setelah meneliti Bajet 2016, kami tidak dapat cari di mana-mana dalam bajet itu, RM2.6 bilion diberikan kepada mana-mana kementerian.

“Sekiranya beliau tidak ada hasrat menggunakan wang tersebut, sudilah menderma kepada bendahari UM agar dapat digunakan bagi membangunkan universiti sebagai sebuah universiti bertaraf dunia,” katanya pada sidang media di Fakulti Undang-Undang UM, Kuala Lumpur hari ini.
Mengulas Bajet 2016, kumpulan mahasiswa itu juga membidasnya menyifatkan ia “belanjawan syok sendiri”, apatah lagi dengan pengurangan peruntukan kepada institusi pengajian tinggi awam.

Wafiuddin berkata, pengurangan peruntukan itu tidak selaras dengan hala tuju negara menjadikan universiti tempatan bertaraf dunia.

Malah katanya, pengurangan peruntukan IPTA menyaksikan UM antara yang paling terjejas dan mengalami kerugian besar apabila menerima potongan paling besar dari RM638,115,900 tahun ini kepada RM463,905,500 tahun depan.

“Ini menjadikan UM sebagai ‘the biggest loser’. UM sebagai ‘universiti premier’ memerlukan dana mencukupi untuk membiayai usaha penyelidikan, penaiktarafan kemudahan, menarik tenaga pengajar yang berbakat dan melakukan proses pengantarabangsaan.

“Semua ini penting dalam mengejar kedudukan lebih tinggi dalam ranking universiti dunia,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar