Muhyiddin Tak Boleh Disingkir Tapi Boleh Dipecat Keahlian

October 30, 2015 by Caspian

Category: politik

 

Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak boleh disingkirkan daripada jawatan timbalan presiden Umno kerana beliau dipilih melalui mesyuarat agung parti, tetapi dia boleh dipecat sebagai anggota parti, kata bekas Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin.

Katanya, jika Muhyiddin dipecat sebagai ahli parti, ini secara automatik akan menyingkirkan beliau daripada kedudukan sebagai timbalan presiden parti.

“Pemecatan sebagai ahli boleh dilakukan jika ada bukti yang kukuh.

“Inilah yang sedang digerakan oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan (Tengku Mansor) dengan kenyataan siasatan terhadap tujuh pemimpin sedang dijalankan kerana kenyataan mereka yang boleh menjejaskan parti,” katanya dalam blog terbarunya.

Malah, kata Zainuddin yang juga adalah bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, usaha untuk mengkondisikan ketua bahagian dan ahli ahli Umno untuk menerima tindakan ini telah bermula.

“Ini didahului oleh komando-komando Umno dengan dakwaan bahawa 75 peratus ketua Umno bahagian malah ada yang kata 95 peratus telah pun siap sedia menyokong tindakan ini (memecat Muhyiddin dari Umno),” katanya.

Akhbar The Star hari ini melaporkan bancian dalaman Umno mendapati sekurang-kurangnya 154 daripada 191 ketua bahagian mahu majlis tertinggi parti bertindak terhadap pemimpin parti yang didakwa ‘menderhaka’.

Bagaiamanapun bancian yang dijalankan di kalangan 170 pemimpin bahagian menerusi aplikasi chat di Telegram tidak menyebut sebarang nama.

Semalam, Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan berkata siasatan telah dimulakan terhadap tujuh pemimpin Umno berhubung kenyataan terbuka mereka mengenai kepimpinan tertinggi parti.

Mengulas lanjut, Zainuddin (kiri) berkata, timbalan presiden Umno itu yang barangkali menyedari perancangan terhadapnya, mula berhati-hati dalam menerus keritikannya.

“Tetapi dalam suatu forum di Johor Baru, baru-baru ini beliau menanggap “pengecut” pemimpin Umno yang menyokong presiden.

“Ini mendorongkan penyokong-penyokong Najib menjadi semakin agresif,’ katanya.

Beliau berkata langkah mencantas Muhyiddin mesti dilakukan sebelum Perhimpuan Agung Umno tidak lama lagi kerana kehadirannya sebagai timbalan presiden mungkin menimbulkan kekecohan yang boleh menjatuhkan maruah Najib sebagai presiden jika berlaku tindakan provokasi antara kedua pihak.

“Mencantas Muhyiddin juga perlu dilakukan lebih awal supaya bakal timbalan presiden UMmno dapat dipromokan sebelum Perhimpunan Agung menjelang pilihan raya umum akan datang dan supaya Najib dapat terus,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276080Total visitors:
  • Skip to toolbar