Pemuda Pakatan Harapan Gesa SPR Benar Semula Daftar Pengundi

October 30, 2015 by Caspian

Category: politik

Bercakap bagi pihak Pemuda Pakatan Harapan, Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong (kiri) berkata SPR perlu menarik balik larangan parti politik mendaftar pengundi baharu. Bersama beliau adalah Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad (tengah) dan Ketua Pemuda Amanah Sany Hamzan. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 Oktober, 2015.

 

Pemuda Pakatan Harapan akan menghantar memorandum kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menggesa agar ia membenarkan semula parti politik melakukan proses pendaftaran pengundi baharu.

Ketua Pemuda DAP Teo Kok Seong berkata pihaknya mahu SPR membatalkan tindakan mereka yang menghentikan proses pendaftaran pengundi baharu melalui parti politik, dengan tidak melantik mana-mana penolong pendaftar politik (ARO) baharu bermula November 2013.

“Kita seru supaya SPR menarik kembali keputusan tersebut.

“Kami akan adakan penyerahan memo kepada SPR bagi mengkaji semula dan dapat terus benarkan wakil parti politik (daftar pengundi), dan SPR lantik penolong pendaftar pengundi,” katanya pada sidang media selepas mesyuarat sulung Pemuda Pakatan Harapan pagi tadi.
DAP sebelum ini adalah parti yang paling rancak mendaftar pengundi baru menerusi ARO.

Selepas SPR memberhentikan pelantikan ARO, ahli Parlimen Serdang dari DAP, Ong Kian Ming, pada awal 2014 merungut tentang penurunan mendadak pendaftaran pengundi baru.

Pengundi baru kini hanya boleh mendaftar di pejabat pos dan menerusi SPR sahaja.

Sementara itu, Ketua Pemuda PKR Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan, Pemuda Pakatan Harapan akan menganjurkan konvensyen mereka pada awal 2016.

Katanya, tarikh khusus belum ditetapkan namun anggaran tarikh itu dibuat bagi memberi laluan kepada Pemuda DAP yang akan mengadakan pemilihan mereka pada hujung November.

Ditanya sama ada Pemuda PAS akan turut sama dijemput, Nik Nazmi berkata, perkara itu tidak dibincangkan pada mesyuarat pertama Pemuda Pakatan Harapan pagi ini.

“Ini program Pemuda Pakatan Harapan. Perincian lain kita akan bincang kemudian,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276082Total visitors:
  • Skip to toolbar