Bebaskan Anwar Lebih Utama Dari Semua Perkara – PKR

November 30, 2015 by Caspian

Category: editor

download (12)

 

Kongres Nasional Tahunan Parti Keadilan Rakyat kali ke 11 terus melaungkan nama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Masing-masing dalam setiap perbahasan mahupun ketika ditemubual, kesemuanya menuntut Datuk Seri Anwar dibebaskan dengan pelbagai alasam diberikan.

Untuk rekod, ini adalah kali pertama Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal hadir kedalam kongres tahunan ini berikutan beliau dipenjara oleh kerajaan Barisan Nasional sejak hampir setahun lalu.

Masing-masing menyatakan, Datuk Seri Anwar adalah simbol kepada kekuatan dan kejayaan Parti serta Pakatan Harapan bagi menentang semua kepincangan yang dilakukan oleh UMNO dan Barisan Nasional. Tambah mereka, hanya Anwar sahaja yang mampu menumbangkan Datuk Seri Najib walaupun ada usaha berterusan dari Tun Mahathir bagi meneruskan apa yang beliau perjuangkan.

Malah, Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar juga menarik perhatian semua perwakilan dengan membaca warkah yang diutuskan oleh Datuk Seri Anwar dari penjara. Antara lain, beliau menyeru ahli PKR supaya kekal bersatu padu dan terus istiqamah dalam perjuangan.

Beliau juga buat pertama kalinya mendakwa bahawa projek Pan Borneo yang diumumkan Najib pada RMK ke 11 lalu sebenarnya adalah hasil idea beliau yang diciplak Najib dan barisan kepimpinan negeri Sabah dan Sarawak untuk dilaksanakan bagi meraih sokongan rakyat di kedua-dua negeri berkenaan.

Jesteru, Datuk Seri Anwar menyeru ahli PKR supaya sentiasa kuat dalam menempuh perjuangan yang hebat. Di samping itu, beliau mahu hubungan erat antara PKR bersama DAP dan PAN diperkukuhkan dan pada masa yang sama kerajaan PKR Selangor pimpinan Azmin Ali harus mengeluarkan PAS dari senarai exco kerajaan, sesuai dengan desakan DAP, demi untuk keharmonian Pakatan Harapan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263703Total visitors:
  • Skip to toolbar