Jangan Beri Laluan Kepada Kereta Kenamaan – PKR

November 30, 2015 by Suara Kebenaran

Category: editor

HTP_7550

Sesuai dengan ketetapan dalam Kongres PKR 2015 yang tamat semalam, semua rakyat amnya dan pengguna jalan raya khasnya digesa tidak lagi memberi laluan kepada kenderaan kenamaan di jalan raya kerana ia mungkin kenderaan digunakan oleh Menteri-Menteri BN.

Menteri-Menteri BN sebelum ini sewenang-wenangnya memberi cadangan agar rakyat keluar pagi untuk mengelak kesesakan di laluan yang tidak dikenakan tol sebagai sebahagian daripada cara mengurangkan kos sara hidup akibat kenaikan tol.

Sedangkan Menteri-Menteri ini ke sana ke mari dengan menggunakan kenderaan rasmi dan polis pengiring, sementara rakyat disuruh ikut jalan biasa tidak bertol tapi kurang sesak pada awal pagi.

Cadangan ini ternyata menghina rakyat kerana bukanya rakyat tidak mampu untuk menggunakan tol sehingga terpaksa bangun pagi untuk menggunakan jalan biasa yang selalunya sesak di waktu pagi.  Rakyat mampu membayar tol tapi janganlah dihina mereka dengan cadangan sedemikian.

Seolah-olah rakyat Malaysia ini hidup melarat sehingga bersusah payah seperti itu. Ini bukan zaman 80-an atau 90-an lagi.

Oleh yang demikian gesaan yang dibuat Ketua Srikandi PKR, Siti Aishah Shaik Ismail dalam Kongres PKR 2015 itu ada kebenarannya untuk mengajar Menteri-Menteri ini agar tidak terlalu berlagak dengan jawatan dan kedudukan mereka masing-masing dan menghina rakyat.

Tapi perlu juga berhati-hati kerana ia mungkin kenderaan yang digunakan Menteri Besar Selangor atau Ketua Menteri Penang.  Jika kenderaan 2 tokoh ini yang lalu, silalah beri laluan sebagai tanda hormat kita kepada pimpinan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264267Total visitors:
  • Skip to toolbar