Jawatan Ketua Menteri Perlu Atas Pilihan Ahli

November 30, 2015 by Caspian

Category: politik

lim guan eng

 

Seorang perwakilan meminta jawatan Ketua Menteri diberikan kepada pengerusi DAP jika jawatan itu diberikan kepada parti itu.

Wakil Cawangan Taman Chai Leng, Shamser Singh Thind berkata, jawatankuasa pusat (CEC) dan jawatankuasa negeri seharusnya mensyaratkan jawatan ketua menteri diberikan kepada individu yang dilantik sebagai pengerusi DAP negeri.

Beliau berkata, sekiranya jawatan itu diberikan kepada parti DAP, maka ia harus diserahkan kepada pengerusi DAP negeri dan bukan yang lain.

“Ini penting kerana mandat untuk menerajui kerajaan negeri mesti diberikan kepada pemimpin yang diberi kepercayaan oleh akar umbi.

“Sistem pemilihan ahli jawatankuasa negeri harus diubah kerana tidak memberi kuasa sepenuhnya kepada akar umbi untuk memilih pemimpin mereka seperti yang dilakukan semasa pemilihan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy),” katanya ketika berucap pada perbahasan di Konvensyen Biasa DAP Pulau Pinang 2015 hari ini.

Sebagai contoh, beliau berkata, majoriti wakil parti memilih Gobind Singh Deo di Selangor tetapi Tony Pua yang berada di tangga kelapan pula dipilih sebagai pengerusi. Perkara yang sama juga berlaku di Perak,”

Shamser yang juga peguam turut mempersoalkan tindakan Adun Pakatan Harapan yang menyokong Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan 2014) untuk menaikkan gaji bulanan wakil rakyat yang dibuat BN.

“Saya juga merujuk kepada usul yang dibuat seorang Adun BN berhubung penambakan laut di sidang Dun tempoh hari. Ketika itu, lima Adun PKR berpendirian berkecuali dan seorang Adun DAP menyokong. Perkara ini tidak disenangi terutama ketua menteri.

“Memang benar, Adun Pakatan Harapan tidak boleh menyokong atau berkecuali terhadap usul Adun BN namun yang menjadi persoalannya, mengapa tiada seorang pun Adun Pakatan Harapan menolak apabila Rang Undang-undang Ahli Parlimen (Saraan) (Pindaan) 2014 untuk menaikkan gaji bulanan wakil rakyat dibuat BN?” katanya.

Sementara itu, Lim Cheng Hoe dari Cawangan Sri Tanjung turut meminta agar jawatan ketua menteri diberikan kepada kepimpinan tertinggi DAP negeri.

“Dalam pemilihan kali ini, saya rasa tidak perlu ikut sistem sedia ada. Jawatan ketua menteri seharusnya diberikan kepada pemimpin yang memenangi jawatan pengerusi DAP negeri.

“Kita perlu ubah sistem yang ada sekarang kerana ia mengambil masa yang panjang untuk memilih untuk mengisi jawatan ketua menteri,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263703Total visitors:
  • Skip to toolbar