Lebih Ramai Ketua Umno Cawangan Berdepan Tindakan Disiplin, Kata Ku Nan

November 30, 2015 by Caspian

Category: politik

Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, parti Melayu itu tidak memerlukan ahli yang hanya mahu menghancurkan parti pada sidang media selepas perasmian Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 November, 2015.

 

Selain 9 ketua cawangan Teluk Kemang yang akan dipanggil Lembaga Disiplin Umno kerana menggesa Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor mengatakan lebih ramai bakal berdepan tindakan.

Setiausaha agung Umno itu berkata, parti Melayu itu tidak memerlukan ahli yang hanya mahu menghancurkan parti.

“Ramai lagi yang akan dibawa ke jawatankuasa disiplin, ketua cawangan ini semua akan saya bawa ke jawatankuasa disiplin sebab tak ada disiplin.

“Saya perlu orang yang berdisiplin dalam parti. Lebih baik tak ramai ahli tetapi komited, daripada ramai ahli yang beragenda menghancurkan negara dan juga menghancurkan parti. Itu pendirian saya,” katanya pada sidang media selepas Konvensyen Kebangsaan Kesejahteraan Sosial Komuniti Bandar: Ke Arah Pengukuhan Agenda Berpaksikan Rakyat di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai tindakan ketua-ketua cawangan yang mendesak Najib meletakkan jawatan sebagai presiden Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299379Total visitors:
  • Skip to toolbar