Tiada Perubahan Kedudukan Kerusi Pada Perhimpunan Agung, Kata Zahid

November 30, 2015 by Caspian

Category: politik

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, kedudukan susun atur kerusi kepimpinan Umno semasa perhimpunan agungnya nanti mestilah dihormati semua pihak kerana ia merupakan hierarki dalam parti. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 November, 2015.

 

Tiada perubahan kedudukan kerusi Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2015, yang bermula 8 Disember ini.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata seperti kelaziman perhimpunan agung parti sebelum ini, kedudukan kerusi timbalan presiden adalah bersebelahan kerusi presiden.

“Timbalan presiden mesti didudukkan di sebelah kanan presiden. Naib presiden satu mesti didudukkan di sebelah kanan timbalan presiden begitu juga naib-naib presiden lain,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media Malaysia ketika mengulas mengenai kedudukan susun atur kerusi kepimpinan Umno berikutan situasi semasa selepas menghadiri majlis penutupan Mesyuarat Ketua-Ketua Negara Komanwel (CHOGM) di Valetta, hari ini.
Zahid berkata kedudukan itu mestilah dihormati semua pihak kerana ia merupakan hierarki dalam parti.

Beliau juga menegaskan Umno sebuah parti dinamik yang mendengar pandangan pelbagai tokoh atau mereka yang pernah menjadi tokoh di dalam parti.

Namun, beliau melihat masalah ketidakadilan berlaku apabila keputusan yang dibuat kepimpinan parti terhadap seseorang dalam parti, dianggap sebagai suatu penganiayaan.

“Namun, yang penting ialah kebersamaan mendukung kepimpinan. Perbezaan pendapat biarpun diraikan, akhirnya Umno diperkukuhkan…pemimpin itu hendaklah diberi sokongan sepenuhnya,” katanya.

Menurut Zahid, apabila sesuatu keputusan itu dibuat, ia perlu dihormati dan semangat itu harus ada pada kepimpinan Umno sama ada di peringkat nasional, negeri, bahagian atau akar umbi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263709Total visitors:
  • Skip to toolbar