Apa Salah Kerajaan Pulau Pinang Memajukan Negeri? – DAP

December 30, 2015 by Caspian

Category: editor

images (10)

 

Heboh diperkatakan bahawa kerajaan Pulau Pinang bertindak zalim keatas beberapa perkampungan yang wujud di Pulau Pinang. Ramai yang mendakwa, kerajaan Pulau Pinang hari ini sedang berusaha untuk menghalau orang-orang Melayu keluar dari pulau berkenaan.

Sebenarnya, apa yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang hanyalah untuk memajukan negeri berkenaan menjadi sebuah negeri yang terusun. Jesteru, banyak kampung yang tumbuh semasa pentadbiran Barisan Nasional harus dikorbankan demi pembangunan.

Ramai dikalangan rakyat sebenarnya tidak mendapat keterangan yang jelas berhubung tindakan kerajaan negeri ini. Apa yang dilakukan hanyalah mengusir perkampungan setinggan yang merosakkan pemandangan negeri ini.

Tiindakan ini sama seperti apa yang dilakukan oleh kerajaan pusat sewaktu menghapuskan perkampungan Gandhi di Petaling Jaya serta Kampung Datuk Harun dan Kampung Medan satu ketika dahulu.

Menurut wakil DAP yang enggan dikenali, mereka jelas kesal dengan sikap sesetengah media terutamanya yang pro kerajaan, memanipulasikan berita ini. Kerajaan negeri amat komited dalam memajukan negeri walaupun terpaksa merampas perkampungan yang didiami orang-orang Melayu di sana.

Menyentuh mengenai pampasan pula, beliau berkata, bukan kerajaan negeri enggan membayar pampasan. Tetapi pampasan yang dituntut itu begitu tinggi dan seharusnya menjadi tanggungjawab pemaju untuk melunaskannya.

Tambahan pula katanya, kebanyakan tanah yang diduduki oleh kebanyakan penduduk setinggan ini dipunyai oleh beberapa individu yang kebetulan pula kaum Cina. Disinilah puncanya timbul dakwaan kerajaan Pulau Pinang bersikap rasis dengan mengusir orang-orang Melayu keluar dari Pulau Pinang.

Kerajaan negeri tidak pernah menghalang mana-mana individu untuk membeli rumah yang dimajukan oleh pemaju. Cuma harga bukanlah dalam kawalan kerajaan negeri dan seterusnya penduduk harus membeli pada harga yang sudah di tetapkan oleh pemaju.

Kerajaan negeri hanya bertanggujawab meluluskan tapak sedangkan urusan lain terpulang kepada mereka. Tidak adil untuk terus mengaitkan kerajaan negeri dengan tindakan penguatkuasaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263710Total visitors:
  • Skip to toolbar