Jangan Takut, Kata Penasihat SPRM Pada AG

January 29, 2016 by Caspian

Category: politik

 

Peguam Negara (AG) Tan Sri Apandi Ali tidak harus membenarkan ketakutan menghalangnya daripada mengarahkan sesebuah pendakwaan, kata seorang anggota panel semakan operasi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“AG tidak harus takut terhadap kuasa atau kedudukan seorang individu,” kata anggota panel itu Lim Chee Wee melalui e-mel kepada Malaysiakini.

“Walaupun beliau mungkin mengalami nasib sama seperti pendahulunya Tan Sri Gani Patail jika mendakwa, beliau harus sokong masyarakat awam dan lebih penting mempertahankan sumpah atas jawatannya.”

Apandi pada Selasa memutuskan tidak mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam isu kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadinya serta berkaitan siasatan kes anak syarikat 1MDB, SRC International Sdn Bhd.

Gani ditamatkan perkhidmatan atas alasan kesihatan daripada pejabat peguam negara Julai tahun lalu ketika mengetuai pasukan khas pelbagai badan yang menyiasat isu 1MDB.

Tercetus spekulasi langkah itu bagi menghalang siasatan terhadap Najib. Kerajaan bagaimanapun menafikan perkara itu.

Najib juga berulang kali menafikan menyalah guna dana kerajaan untuk tujuan peribadi atau melakukan sebarang salah laku.

Perdana menteri mendakwa tuduhan-tuduhan itu bertujuan menjatuhkannya daripada tampuk kuasa.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263710Total visitors:
  • Skip to toolbar