Mukhriz Belum Terima Maklumat MB Kedah Baharu Bakal Angkat Sumpah

January 29, 2016 by Caspian

Category: politik

Menteri Besar Kedah Datuk Seri Mukhriz Mahathir menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara Kuala Lumpur bersama bapanya, Tun Dr Mahathir Mohamad, hari ini sebelum menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi Umno petang ini. – Gambar The Malaysian Insider oleh Seth Akmal, 29 Januari, 2016.

 

Walaupun khabar angin bertiup kencang mengatakan menteri besar Kedah baharu bakal mengangkat sumpah pada Isnin ini, Datuk Seri Mukhriz Mahathir menafikan mempunyai maklumat berhubung perkara itu.

Dengan ekspresi muka yang tenang, anak kepada Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengulas mengenai khabar angin itu.

“Oh ya? Saya tak terima apa-apa maklumat pun,” katanya selepas menunaikan solat Jumaat di Masjid Negara Kuala Lumpur, hari ini.

Beliau hadir di Masjid Negara bersama bapanya.
Media melaporkan hari ini, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sudah mendapatkan mandat Istana Kedah untuk menyingkirkan Mukhriz sebagai menteri besar.

Petang ini, Mukhriz akan turut menyertai mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno yang dijangka panas membincangkan kedudukannya di negeri jelapang padi itu.

“Tak bolehlah komen sekiranya itu benar. Sumber itu diragui,” kata Mukhriz kepada pemberita.

Mstar Online melaporkan hari ini, persetujuan Jemaah Pemangku Sultan Kedah menerima kedatangan Najib hari ini bermakna usaha untuk menggantikan Mukhriz yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Ayer Hitam itu akan menjadi kenyataan dalam masa terdekat.

“Pertemuan dengan Jemaah Pemangku Sultan Kedah perlu untuk mendapat perkenan bagi melantik menteri besar baharu,” kata sumber berkenaan kepada Mstar Online.

Mukhriz yang juga menteri besar penggal pertama ketika ini berdepan penentangan apabila sekumpulan pemimpin Umno negeri diketuai Timbalan Pengerusi Perhubungan Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah pada minggu lalu menyatakan hilang keyakinan dan memintanya berundur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263703Total visitors:
  • Skip to toolbar