Zuraida Dihalang Masuk Sarawak

January 29, 2016 by Caspian

Category: politik

Zuraida Kamaruddin

 

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin hari ini disekat oleh Jabatan Imigresen di sini daripada memasuki negeri Sarawak sebaik tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching (KIA) pada jam 11 pagi ini.

Zuraida dijadual mengadakan pertemuan dengan bakal calon wanita PKR bagi pilihan raya Sarawak.

Turut bersama Zuraida ialah Timbalan Ketua Wanita PKR Haniza Talha, yang bagaimanapun, diberi kebenaran untuk masuk ke negeri ini dan beliau kemudian menyambung penerbangan ke Miri.

Ketika ditemui pemberita, Naib Presiden Wanita PKR Kebangsaan Voon Shiak Ni yang berada di KLIA untuk menyambut ketibaan Zuraida serta rombongan, berkata Zuraida telah diarah pulang semula ke Kuala Lumpur dengan menaiki pesawat AirAsia pada jam 3.05 petang ini.

Katanya usaha untuk mendapat kepastian daripada Pejabat Ketua Menteri Sarawak gagal namun pihak Jabatan Imigresen di sini mengesahkan Zuraida berada dalam senarai mereka yang dihalang daripada memasuki Sarawak.

Pada 6 Disember lepas, Naib Presiden PKR yang juga Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar turut dihalang daripada memasuki negeri ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263710Total visitors:
  • Skip to toolbar