Kerajaan Berjaya Memiskinkan Rakyat – PKR

January 31, 2016 by Caspian

Category: editor

download (1)

 

Langkah kerajaan mengurangkan potongan KWSP pekerja dari 11 peratus kepada 8 peratus dilihat oleh PKR sebagai memiskinkan rakyat pada hari tua kelak.

Masakan tidak, sejak 13 tahun lalu, para pekerja dilihat sudah selesa dengan potongan sebanyak 11 peratus yang pastinya akan menyenangkan pekerja dihari tua kelak.

Namun, setelah pengurangan dibuat, ianya semakin mengurangkan simpanan pekerja tambahan pula 3 peratus berkenaan dilihat cukup besar bagi golongan pekerja.

Sepatutnya kerajaan menjaga kebajikan para pekerja dan tidak wajar melakukan pemotongan demikian.

Seperti sedia maklum, kerajaan pernah mangumumkan bahawa kutipan cukai GST berjumlah berbilion-bilion Ringgit. Jadi, kenapa perlu mengorbankan simpanan rakyat untuk membolehkan rakyat berbelanja? Kenapa tidak ditambah bantuan khas yang lain agar rakyat mampu berbelanja dengan lebih lagi?

Inilah yang cukup tidak digemari oleh Pakatan Harapan terutamanya PKR. Sewajarnya kerajaan memperuntukkan bantuan kewangan lain atau memperkenalkan semula subsidi, bukan mengurangkan potongan KWSP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263709Total visitors:
  • Skip to toolbar