Adakah Najib Akan Terus Di ‘Bom’ Muhyiddin? – Shahbudin

February 29, 2016 by Caspian

Category: politik

Shahbudin

 

Adakah Tan Sri Muhyiddin Yassin akan terus melempar ‘bom’ kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun tangan beliau diikat dengan pergantungan jawatan Timbalan Presiden UMNO?

Persoalan itu dilemparkan, bekas Naib Ketua Pemuda Setiawangsa, Shahbudin Husin apabila Muhyiddin dikhabar akan pulang dari luar negara esok sekaligus terus bersedia untuk membuat pendedahan terbaharu terhadap Perdana Menteri.

“Apakah esok petang ada lagi ‘bom’ yang akan dilemparkan oleh Muhyiddin khususnya tentang dana RM42 juta daripada SRC International, setelah dalam kenyataannya sebelum ini mengatakan telah ditunjukkan bukti oleh Gani Patail mengenai wujudnya perlakuan berunsur jenayah melibatkan Najib?,” katanya menerusi posting terbaharunya blognya shahbudindotcom.blogspot.com.

Sebelum ini,Tan Sri Muhyiddin Yassin berikrar akan terus bersuara untuk menegakkan kebenaran serta menuntut reformasi meskipun beliau digantung jawatan.

Ahli Parlimen Pagoh itu berkata apa yang berlaku ke atas dirinya itu adalah disebabkan niatnya yang mahu melihat kesempurnaan perjalanan parti dan mahu mengembalikan kepimpinan UMNO ke landasan yang betul supaya parti itu terus diterima oleh rakyat.

Malah Muhyiddin turut menyatakan kehairanan beliau, apabila Perdana Menteri yang dipalit pelbagai skandal 1MDB, derma RM2.6 bilion serta pelbagai isu lain masih lagi bersenang-lenang menikmati kuasa jawatan dan wang yang ada padanya.

Mengulas lanjut, Shahbudin berkata apa yang berlaku ke atas Muhyiddin menunjukkan seolah-olah dunia sudah terbalik di mana yang bersalah dan terpalit dengan skandal dipertahan dan dikekalkan, manakala yang menegur untuk kebaikan dibuang.

“Hebahan kepada rakan-rakan dan penyokong untuk menyambut kepulangannya sudah disebarkan sejak malam tadi dengan tujuan agar seramai mungkin dapat memberi sokongan terus menerus kepada bekas Timbalan Perdana Menteri itu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263709Total visitors:
  • Skip to toolbar