Pembangkang Sudah Cakap Apa Yang Muhyiddin Kata

February 29, 2016 by Caspian

Category: politik

Muhyiddin Yassin

 

Gesaan reformasi Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin disambut hambar oleh rakyat memandangkan ia dilaungkan terlebih dahulu oleh pembangkang, demikian menurut penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis.

Shamsinoor yang merupakan Pensyarah Kanan Universiti Selangor (Unisel) berkata, jadi ia bukan perkara baharu dalam arena politik negara dan kenyataan itu dibuat dalam keadaan beliau sedang tertekan.

“Saya rasa (Muhyiddin) tidak mendapat sambutan sangat sebab rakyat akan nampak bahawa kenyataan tersebut hanya dikeluarkan ketika dia sedang tertekan.

“Sedangkan dahulu ketika beliau masih kuat dalam Umno, itulah (reformasi) yang dilaungkan oleh pembangkang berkali-kali,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali semalam mengalu-alukan kenyataan tegas Muhyiddin terhadap gesaan reformasi yang dinyatakan oleh pemimpin Umno itu.

Menurut Azmin, pendirian Muhyiddin itu selaras dengan perjuangan PKR, parti pembangkang dan masyarakat selama ini.

Tambahnya lagi, Muhyiddin mungkin bakal berhadapan dengan situasi sukar dalam mendapatkan sokongan memandangkan beliau menentang Presidennya sendiri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Sebelum ini, Majlis Tertinggi Umno sebulat suara membuat keputusan menggantung jawatan Muhyiddin sebagai timbalan presiden berkuat kuasa serta-merta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299372Total visitors:
  • Skip to toolbar