‘Izzah Perlu Sedar Tugas, Tanggungjawab Beliau’

March 31, 2016 by Caspian

Category: politik

Datuk Seri Azalina Othman Said

 

“Saya ingin tegaskan usul membawa Ahli Lembah Pantai-PKR Nurul Izzah Anwar ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan adalah daripada pihak kerajaan dan bukannya dibawa saya secara peribadi sebagai Ahli Parlimen Pengerang,”.‎

Demikian respon Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Azalina Othman Said berkaitan salah tangapan Nurul Izzah yang menyatakan ‎tindakan itu dilakukan oleh beliau secara peribadi.

Ujar Azalina lagi,tambahan usul itu telah dibahas dan diluluskan oleh Dewan Rakyat pada 3 Disember 2015.

“Adalah lebih baik Nurul Izzah menggunakan peluang ini untuk membuat penjelasan daripada mempolitikkan isu tersebut.

“Bagaimanapun saya terikat dengan Peraturan Mesyuarat 85. Oleh itu saya tidak boleh memberi sebarang komen terhadap apa-apa perkara yang masih dalam pertimbangan jawatankuasa,” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab isu tersebut di Parlimen hari ini.

Menggulas lanjut, Azalina berkata sebagai seorang yang dipanggil untuk memberi keterangan kepada jawatankuasa, Nurul Izzah juga terikat dengan Peraturan Mesyuarat berkenaan.

“Saya harap berliau sedar tentang tugas dan tanggungjawab beliau apabila dipanggil ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan,”katanya.

Terdahulu menurut laporan sebuah portal melaporkan, Nurul Izzah telah mempersoalkan sama ada beliau akan mendapat keadilan daripada Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen berhubung pertemuanya dengan ‘Puteri’‎ Sulu, Jacel Kiram November lalu.

Ini kerana, beliau berkata Azalina yang mencadangkan supaya beliau dirujuk ke jawatankuasa adalah anggota jawatankuasa itu yang akan menentukan nasib beliau.

“Azalina adalah menteri yang membentangkan usul terhadap saya, tetapi beliau adalah anggota jawatankuasa itu. Jadi beritahu saya, bagaimana saya akan mendapatkan keadilan daripada seseorang yang jelas prejudis terhadap saya?” kata Nurul Izzah petik portal berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243452Total visitors:
  • Skip to toolbar