Kes Ahmad Said: Umno Enggan Terburu-Buru

March 31, 2016 by Caspian

Category: politik

Annuar Musa

 

Umno tidak akan tergesa-gesa dalam mengenakan hukuman terhadap Adun Kijal, Datuk Seri Ahmad Said yang sebelum ini mengusulkan undi tidak percaya terhadap Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman.

Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa berkata, parti itu perlu menunjukkan kebijaksanaan yang lebih tinggi dalam sesuatu perkara bagi meningkatkan keyakinan orang ramai.

“Dalam kes Ahmad Said, beliau membuat tindakan sedemikian bukan kerana Umno namun berikutan tidak berpuas hati dengan Menteri Besar dan pada saya kita hanya perlu selesaikan bahagian itu sahaja,”katanya ketika mengadakan lawatan ke Kumpulan Media Karangkaraf, di sini, semalam.

8 Mac lalu, Ahmad Said membuat kejutan apabila mengemukakan usul tidak percaya terhadap Ahmad Razif pada sesi Sidang Dun.

Dalam pada itu, Annuar berkata, Umno tidak boleh menjadi terlalu emosi dan perlu berfikir panjang sebelum mengambil sesuatu tindakan memandangkan bidang politik merupakan sesuatu yang unik serta tidak terlalu lurus.

“Ia diibaratkan seperti orang yang kita nak bunuh tengah menggelupur nak mati, dan buat apa lagi kita nak potong leher dia. Biar dia mati sendiri. Itulah politik. Jangan bila dia buat sesuatu terus kita nak ambil hukuman,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar