Umno Johor Tolak Dakwaan Mahathir

March 31, 2016 by Caspian

Category: politik

Samsol Bari Jamali

 

Umno Johor terus konsisten mempertahankan parti dalam usaha mengukuhkan keyakinan rakyat bahawa Umno relevan sebagai parti pemerintah negara.

Ketua Penerangan Umno Johor, Datuk Samsol Bari Jamali berkata, kepimpinan Umno Johor sentiasa berjuang untuk memastikan nasib rakyat sentiasa terbela.

“Kita akan sama-sama terus mempertahankan apa sahaja yang kita miliki ini supaya segala pembangunan dilaksanakan akan terus dinikmati generasi akan datang.

“Ini kerana, kita tidak mahu apa yang kita peroleh akan terhenti begitu sahaja, maka kita konsisten dan meningkatkan usaha mempertahankannya,” katanya.

Samsol Bari berkata demikian mengulas penulisan blog chedet.com yang menyatakan ahli Umno sudah seperti tidak sayangkan parti itu apabila terus menyokong Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau yang juga Adun Semarang berkata, Umno Johor juga sentiasa menghargai pimpinan hingga akar umbi atas jasa dan pengorbanan yang dicurahkan untuk menaikkan parti.

“Umno tidak akan mempertahankan pemimpin yang salah. Beliau (Mahathir) bercakap mengikut emosi dan sepatutnya berpijak di bumi nyata.

“Tidak boleh dia menuduh orang salah. Kami ahli Umno di peringkat bawah tidak rela dipersalahkan sepanjang masa. Tidak adil beliau cakap begitu,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar