Pertarungan Sesama DAP-PKR Untuk Pecahkan Undi BN

April 25, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

prn-sarawak-1-600x360

Penyokong diminta tidak bimbang dengan pertemuan sesama sendiri PKR-DAP di 9 kerusi DUN dalam kempen Pilihanraya Negeri Sarawak yang sedang rancak berlangsung sekarang.

Setelah proses penamaan calon selesai pagi tadi, DAP-PKR sah akan berhadapan sesama sendiri di Batu Kitang, Semunja, Mulu, Senadin, Murum, Ngemah, Kedap, Mambong dan Simanggang.

Bukan sahaja DAP dan PKR, semua parti pembangkang Semananjung yang lain juga bertembung sesama sendiri di beberapa tempat.

Antaranya PAS dan PKR bertembung sesama sendiri di DUN Kakus dan Jepak,  PAS-DAP turut bertembung di DUN Samalaju dan  PAS-Amanah akan bertanding di Beting Maro, Sebuyau, Sadong Jaya, Muara Tuang dan Samariang.

Jadi bukan perkara pelik sehingga nak dituduh kita berpecah.

Menurut sumber, pertembungan sesama sendiri ini memang sengaja dirancang untuk memecahkan undi kepada calon BN.  Pendek kata, ia adalah keputusan strategik, bukan keputusan panik.

Letakkanlah sepenuh kepercayaan kepada pimpinan kita, mereka tahu apa yang perlu dibuat, kita ikut saja.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299379Total visitors:
  • Skip to toolbar