Chong Bakal KM Sarawak, Abdul Aziz Tiada Harapan

April 26, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

Chong DAP Bersih 4.0

Ada spekulasi mengatakan tindakan menukar satu-satunya calon Melayu DAP dalam pilihanraya negeri Sarawak, Abdul Aziz Isa dari Stakan ke Batu Kitang afalah untuk meneruskan tradisi melantik seorang Islam sebagai Ketua Menteri negeri itu.  Batu Kitang adalah kawasan putih DAP dan siapa pun yang dicalonkan disitu pasti menang.

Letak pokok pun menang, apatah lagi bila Aziz (manusia) yang dicalonkan.  Sebab itu kebimbangan ini timbul di kalangan penyokong DAP yang tidak mahu seorang Muslim menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru.

Sejak Tawi Sli menjadi Ketua Menteri Sarawak terakhir yang beragama Kristian pada tahun 1970, semua penyandang jawatan itu adalah mereka yang beragama Islam.  Maka itu ada spekulasi mengatakan pencalonan Aziz Isa adalah untuk meneruskan tradisi tersebut.

Justeru Pakatan Harapan dalam satu kenyataan lewat petang ini mengesahkan bahawa Aziz tidak akan menjadi Ketua Menteri Sarawak yang baru sekiranya Pakatan Harapan menang, sebaliknya jawatan itu akan diisi oleh Pengerusi DAP negeri, Chong Chien Jen.

Chong yang akan menjadi Ketua Menteri Sarawak baru menggantikan si tua Adenan ini, bukan Aziz.  Jadi kebimbangan ini sebenarnya tidak perlu dan kalau diberi perhatian, hanya akan memecah belahkan perpaduan di kalangan semua parti komponen Pakatan Harapan sedia ada.

Nama Chong juga sudah mendapat restu Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan semua persediaan untuk upacara perlantikan Ketua Menteri yang baru nanti, telah dipersiapkan untuk Chong seorang saja, nama Aziz tidak tersenarai.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263328Total visitors:
  • Skip to toolbar