Manifesto BN Banyak Meniru Manifesto Pakatan Harapan

April 26, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

manifesto_BN

Antara sebab kenapa Pakatan Harapan masih tidak mengeluarkan manifesto jika berjaya menjadi kerajaan di Sarawak dalam kempen pilihanraya negeri kali ini adalah kerana manifesto BN yang dikeluarkan pagi tadi, meniru hampir keseluruhan manifesto kita.

Entah bagaimana draf manifesto Pakatan Harapan bocor ke tangan BN dan peluang ini digunakan mereka untuk menirunya.

Justeru, untuk mengelak pertindihan dan kekeliruan, Pakatan Harapan mengambil keputusan untuk menangguhkan terlebih dahulu pengeluaran manifesto tersebut bagi diadakan ubahsuai dimana perlu sebelum boleh dilancarkan semula.

Ternyata,  manifesto Pakatan Harapan yang baru ini jauh lebih hebat dari Manifesto BN.  Semua yang dijanjikan BN dalam manifesto itu adalah perkara lama yang sudah diulang banyak kali tapi perlaksanaannya masih belum 100% dicapai.

Ambil contoh kemudahan awam seperti jalan raya, bekalan elektrik, air bersih dan sebagainya, Pakatan Harapan akan berikrar untuk melaksanakannya terus.  Selepas Pakatan Harapan memerintah, tidak ada kawasan yang akan ketinggalan dari segi kemudahan awam sekalipun kawasan itu tidak ramai penduduk.

Kalau 3 orang dalam kampung itu pun, bekalan air, elektrik, jalan dan Internet akan disediakan kerajaan Sarawak yang dipimpin Pakatan Harapan.  Inilah ikrarnya dan rakyat perlu memberi peluang kepada Pakatan Harapan untuk menjadi kerajaan

Malah, bagi kawasan pendalaman ini, Pakatan Harapan akan meniru konsep yang sekarang diamalkan kerajaan US untuk kawasan pendalaman mereka seperti di Alaska dan sebagainya.  Dimana, dalam konsep tersebut, kerajaan US menyediakan banyak lapangan terbang kecil untuk kemudahan rakyat pendalaman mendapat bekalan makanan dan keperluan lain.

Kita juga akan melaksanakan perkara yang sama.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar