Kenyataan Rasis: DAP Akan Bantu Logaswaran

April 27, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

 

Kejadian pecah 9 patung dewa kuil di Ipoh rupa-rupanya kerana.. (2)

DAP hari ini mengesahkan akan membantu seorang lelaki India dari Kulim yang ditangkap polis kerana mengeluar kenyataan berbaur perkauman dan menghina agama Islam di akaun Facebooknya.

Khidmat yang ditawarkan ialah dalam bentuk khidmat guaman percuma dengan sekurang-kurangnya 3 orang peguam akan ditugaskan untuk membantu beliau.

Perkara ini disahkan oleh sumber yang rapat dengan kakitangan pejabat Ahli Parlimen Ipoh Barat, M Kulasegaran sebentar tadi.

Walaupun difahamkan lelaki berkenaan sudah mengaku melakukan kesalahan tersebut kepada pihak polis, tapi tindakan itu menurut sumber adalah didorong oleh rasa marah apabila sebuah kuil di Perak dirosakkan seorang lelaki tidak siuman.

Maka itu DAP berpandangan, sekalipun tindak balas itu salah dari segi undang-undang tapi kerana dorongan kesalahan itu akibat dari rasa marah, maka DAP akan membelanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263330Total visitors:
  • Skip to toolbar