#PRNSARAWAK: Chong Tidak Akan Beli Banglo Seperti CM Lim

April 27, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

chong_chien

Dalam beberapa siri ceramahnya, calon-calon BN mendakwa sekiranya DAP menang dan dilantik menjadi Ketua Menteri, orang berkenaan akan mengikut jejak langkah Ketua Menteri Penang, CM Lim dengan menyewa rumah dan kemudian membelinya pada harga diskaun.

Sumber terdekat dengan bakal Ketua Menteri Sarawak (sekiranya DAP menang) Chong Chien Jen pula mendakwa, dakwaan itu adalah sebenarnya fitnah, Chong jika menjadi Ketua Menteri Sarawak akan menetap di bangunan DUN Sarawak kerana negeri Sarawak tidak ada kediaman rasmi untuk Ketua Menterinya.

Ini akan menjimatkan duit rakyat Sarawak kerana tidak perlu membina kediaman rasmi untuk Ketua Menteri.  Cuma sedikit kos perlu dikeluarkan bagi mengubah suai bahagian dalam bangunan DUN yang nak dijadikan kediaman rasmi untuk Chong itu sajalah.

Jumlah ini bagaimanapun tidak banyak, dianggarkan hanya sekitar beberapa juta sahaja.  Dengan itupun rakyat Sarawak masih beruntung lagi.

Dengan penjelasan ini, gagallah cubaan BN untuk mengaitkan Chong dengan dakwaan salah laku serta korupsi yang dikaitakan dengan CM Lim.  Tuduhan ini diharap tidak diulang atau tindakan undang-undang akan menyusul.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar