Serah Batu Kitang Pada PKR, Anthony Jangan Memandai – Chong

April 28, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

chong_chien_jen vs anthony_loke

Sumber DAP Sarawak mengesahkan bahawa mereka sangat tidak senang dengan tindakan Setiausaha Publisiti Kebangsaan parti itu, Anthony Loke yang secara uniliteral menawarkan DUN Batu Kitang kepada PKR jika parti itu bersedia menarik diri dari bertanding di 5 kerusi DUN yang lain dimana pertindihan kerusi antara DAP dan PKR berlaku.

Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen dikatakan telah meminta agar DAP Pusat mengambil tindakan ke atas Ahli Parlimen Seremban itu kerana cuba campur tangan dalam urusan pilihanraya parti tersebut di Sarawak.

“Who is Anthony to intervene, he is not even a Sarawakian”, kata sumber yang sama, memetik kata-kata Chong

Yang nyata, tindakan Anthony ini telah memburukkan keadaan DAP di Sarawak.  Pandai-pandai saja dia menawarkan kerusi Batu Kitang untuk PKR.  Apakah Anthony tidak tahu bahawa Batu Kitang ditandingi satu-satunya calon Melayu DAP di Sarawak yang juga pembantu khas Chong, Abdul Aziz Isa?

Kalau kerusi itu diserahkan kepada PKR sebagai ganti penarikan diri dari 5 kerusi DUN yang lain, itu bermaksud bangsa Melayu DAP ini boleh dikorbankan begitu sahaja.  Sudahlah seorang saja Melayu yang bertanding dibawah lambang DAP, yang ada itu pun nak dikorbankan?

Apa mesejnya nanti kepada kaum Melayu?  Sebab itu kata Chong, Anthony ini tak ada otak.  Jangan masuk campurlah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1299376Total visitors:
  • Skip to toolbar