Tidak Salah Kalau Benar Aziz Minum Tuak, Itu Budaya Orang Sarawak

April 29, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

aziz_tuak

Orang BN Semenanjung yang datang membantu kempen parti itu di Sarawak, betul-betul bodoh dan tidak berotak. Ini setelah mereka memainkan isu kononnya calon DAP bagi DUN Batu Kitang, Abdul Aziz Isa adalah seorang peminum tuak.

Bodohlah, apa isunya disitu? Tuak adalah minuman tradisi rakyat Sarawak, apa yang masalahnya?  Semua orang di Sarawak minum tuak sejak zaman berzaman dan perkara itu tidak pernah menjadi masalah disini.

Malah dikatakan bukan orang Sarawaklah kalau tak pernah minum tuak!!

Apatah lagi menurut sumber terdekat DAP, Aziz bukan setakat minum tuak, beliau juga dikatakan biasa minum arak semasa berhibur di kelab malam – pun bukan satu masalah yang besar bagi rakyat di sebuah negeri majoriti bukan Islam seperti Sarawak.

Jika nak mengenakan Aziz dari sudut agamanya Islam sekalipun, ia tidak juga tidak akan menjadi kesan kerana menurut sumber yang rapat dengan pembantu khas Pengerusi DAP Sarawak, Chong Chien Jen itu, Aziz sudah lama tidak mengamalkan ajaran Islam yang sebenarnya.

Selain minum tuak seperti yang di dakwa, beliau dikatakan juga jarang bersembahyang apatah lagi datang ke masjid sejak beberapa tahun yang lepas.

Justeru, hentikanlah serangan berbentuk peribadi seperti ini kerana ia hanya membodohkan diri mereka sendiri sahaja.  Tuak, arak, sembahyang atau tidak, tak pernah menjadi isu di Sarawak kerana negeri itu bukan didiami majoriti orang Islam seperti di Semenanjung.

Selain belm tentu pun semua dakwaan itu benar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264267Total visitors:
  • Skip to toolbar