#sarawaklive: DAP Boleh Bentuk Kerajaan Negeri Melalui Undi Popular

April 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

SUPP DAN DAP BERGANDUNG REFERENDUM

Rakyat Sarawak jangan terpedaya dengan propaganda BN kononnya DAP menipu untuk membentuk kerajaan negeri di Sarawak bila hanya bertanding 31 kerusi berbanding majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri sebanyak 42 kerusi.

Itupun kalau menang semua kata mereka,

Sebenarnya semua itu hanya permainan nombor, ada banyak cara untuk DAP membentuk kerajaan negeri di Sarawak disebalik – salah satunya ialah melalui undi popular (popular vote).

Dengan undi popular, DAP boleh membentuk kerajaan kerana kaedah ini lebih tepat untuk membuktikan rakyat mahu parti mana menjadi kerajaan mereka.

Ini barulah pilihanraya (pilihan rakyat) yang sebenarnya. Sistem sedia ada hanya menafikan suara rakyat kerana tidak adil dari banyak segi berikutan kebergantungan kepada jumlah kerusi yang dimenangi.  Demokrasi yang sebenarnya, pilihan kerajaan, Perdana Menteri dan Ketua Menteri, perlulah dibuat melalui undi popular.

Rakyat jangan terperdaya dengan propaganda BN, DAP memang boleh bentuk kerajaan negeri di Sarawak melalui kaedah undi popular.  Yang jumlah undi di kesemua 31 kerusi yang DAP tandingi tadi tu, mestilah melebihi kesemua undi yang BN perolehi di seluruh negeri Sarawak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264270Total visitors:
  • Skip to toolbar