#sarawaklive: Tolak Calon Bukan Kristian Di Kawasan Majoriti Cina

April 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

sim_supp

Pengundi Batu Kawah seharusnya menolak calon yang diletakkan BN di kawasan itu kerana antara lain dia bukanlah beragama Kristian – sedangkan majoriti penduduk di Batu Kawah adalah terdiri dari majoriti penganut agama tersebut.

Agama dan budaya memainkan peranan penting di Sarawak.  Walaupun tidak dinyatakan secara bertulis tapi sudah menjadi tradisi bahawa wakil rakyat Sarawak perlulah bukan sahaja terdiri dari orang setempat tapi sama latarbelakang agama dengan  majoriti pengundi di kawasan dimana dia dicalonkan.

Batu Kawah dan kawasan sekitarnya adalah berpenduduk majoriti orang Kristian dan sewajarnyalah calon yang dengan latar belakang tersebut dipilih mewakili rakyat di kawasan tersebut.

Calon yang ditampilkan DAP, Christina Chew adalah seorang professional dengan latar belakang agama Kristian dilihat lebih layak untuk menjadi wakil rakyat di kawasan tersebut berbanding pencabarnya dari BN yang bukan beragama Kristian.

Ini bukan nak bermain dengan sentimen keagamaan tapi memang sudah jadi tradisi di Sarawak begitu.

Lagipun, memudahkan rakyat Batu Kawah untuk berurusan dengan beliau walaupun pada hari cuti seperti Ahad kerana pertemuan itu boleh dibuat di gereja dan sebagainya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263328Total visitors:
  • Skip to toolbar