Isu Hudud : Siapa Lagi Yang Mahu Menyokong Usul Berkenaan?

May 26, 2016 by Caspian

Category: editor

images (9)

 

Hari ini, Datuk Seri Abdul Hadi Awang akan membawa usul Rang Undang-Undang Hudud ke Parlimen untuk dibahaskan. Ini bukan kali pertama Hadi membawa usul ini, sudah masuk kali ketiga dimana dua percubaannya sebelum ini menemui kegagalan.

Apa yang pasti, Hadi nampaknya tidak belajar dari kesilapannya. Biarpun Hadi dan PAS membawa usul ini sebanyak 100 kali sekalipun, pendirian Pakatan Harapan tetap sama, tidak akan menyokong apa sahaja usu Rang Undang-Undang hukum hudud ini.

Tanyalah Datin Seri Wan Azizah, Mat Sabu dan Lim Kit Siang, ketiga-tiga mereka jelas enggan menyokong atau mengiktiraf hukum barbarian seperti ini.

Pakatan Harapan percaya, usaha yang dilakukan Hadi pada kali ini pasti akan ditolak buat kali ketiga oleh Dewan Rakyat. Ini mudah untuk dijangka kerana semua 74 orang Ahli Parlimen Pakatan Harapan pastinya akan menentang keras undang-undang ini diluluskan.

Ini belum lagi mengira Ahli Parlimen bukan Islam dari Barisan Nasional. Pastinya, sekali lagi Hadi akan keseorangan dalam menuntut Rang Undang-Undang Hudud ini diluluskan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264267Total visitors:
  • Skip to toolbar