Hudud: Salah DAP Juga Suruh Cina Undi PAS, Kata PKR

May 27, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

hudud-1

Kejayaan PAS membentangkan usul perlaksanaan hudud di Parlimen semalam, tidak boleh tidak, kesalahannya perlu diletak di atas bahu DAP menurut seorang ahli parlimen PKR yang enggan dikenali.

Ia adalah DAP yang mengarahkan orang cina untuk mengundi PAS dengan kepercayaan PAS telah tunduk sepenuhnya kepada kehendak DAP dan orang cina memberikan undi mereka kepada ramai calon PAS sehingga berjaya menang di kawasan yang tak sepatutnya PAS menang.

Kawasan macam Temerloh, Sepang dan sebagainya.  Semua kawasan ini tak sepatutnya PAS menang tapi kerana sokongan orang cina, mereka menang dan hari ini menjadi duri dalam daging lebih-lebih lagi bila soal hudud dibangkitkan.

UMNO memang pandai berpura-pura.  UMNO memang tidak pernah secara terbuka menolak hudud, mereka bermain polemik yang pelbagai sehingga diakhirnya orang Melayu masih tetap mengundi calon UMNO.

PAS pula secara terbuka tidak pernah menggugurkan hudud ini.  Sebab itu, walaupun ketika Pakatan Rakyat telah ditubuhkan, rang undang-undang hudud di Kelantan, tidak pernah dimansuhkan PAS.  Hairan kenapa DAP tidak nampak perkara ini dah masih mengarahkan orang cina untuk mengundi PAS.

Sekarang rasalah akibatnya – kata ahli parlimen PKR itu tadi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1264267Total visitors:
  • Skip to toolbar