Hudud: Mudah Sungguh DAP ‘Tipu’ MCA

May 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

Hadi-Awang_pas_dap_600

Difahamkan, dari peringkat awal lagi DAP dilaporkan telah mengetahui dengan jelas bahawa usul Presiden PAS, Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah di Parlimen hujung minggu lepas, bukan undang-undang hudud.

Orang bodoh sahaja melihat pindaan undang-undang yang tidak menyebut hukuman mati, potong tangan dan sebagainya ada kaitan dengan hudud.  Bukan hududlah namanya kalau tidak ada hukuman mati dan usul yang dibawa Hadi itu, langsung tidak menyebut kaitan hukuman mati.

Tapi, strategis politik DAP dengan cepat menangkap kalau perkara ini dijadikan isu hudud, masyarakat cina yang memang tidak menyokong BN, akan menyalahkan MCA dan Gerakan kerana tidak menghalang UMNO dari bersama-sama PAS untuk menentang usul tersebut.

Justeru, isu hudud ini dibangkitkan sekalipun DAP tahu ia tidak ada kena mengena dengan usul dibentang Hadi dan jelas pemimpin MCA dan Gerakan (melalui Presiden masing-masing), terperangkap dengan permainan ini sehingga mendesak pertemuan depan berdepan dengan Najib untuk mendapatkan penjelasan.

Difahamkan, tujuan DAP melakukan sedemikian ialah untuk menunjuk kepada rakyat Malaysia bahawa parti itu masih berpengaruh kuat di kalangan masyarakat cina – selepas bencana demokrasi dalam pilihanraya negeri Sarawak yang baru lepas.

Ternyata kejayan memperdayakan MCA dan Gerakan ini bukti bahawa DAP masih berpengaruh kuat di kalangan orang cina.  Malah boleh disebut selepas ini bahawa DAP adalah cina dan cina adalah DAP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298723Total visitors:
  • Skip to toolbar