Sg Besar & K Kangsar: Siapa Dr M Akan Sokong?

May 31, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

Selain PAS dan UMNO yang sudah mengesahkan untuk bertanding di Kuala Kangsar dan Sg Besar, ada 2 parti lain yang akan turut menempatkan diri dalam persaingan selain beberapa calon bebas.

Parti Amanah dan Parti Generasi Baru (New Gen Party) hampir pasti menyertai pertandingan di kedua-dua kerusi tersebut atau dalam kes New Gen Party, hanya di Kuala Kangsar.  New Gen Party akan mencalonkan pendebat terbaik dunia, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman sebagai calon mereka.

Persoalannya sekarang, mana satu dikalangan parti selain UMNO ini yang akan mendapat sokongan mantan Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad?

Baik PAS mahupun PAN dan New Gen Party, semuanya mendapat sokongan Dr M yang hanya mahu melihat UMNO kalah dalam pertandingan ini dan Najib digantikan.  Syed Saddiq adalah penyokong kuat Dr. M dan parti itu juga mendapat peruntukkan besar dari Dr. M untuk bertanding di Kuala Kangsar.

Dr. M perlu memilih salah satu dari 3 parti ini yang akan menjadi penerus legasi politiknya. Atau jika tidak, Dr. M saja yang masuk bertanding seperti mana dalam rancangan asal, dalam New Gen Party pun boleh.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298722Total visitors:
  • Skip to toolbar