Semua Peguam Pakatan Harus Bersama Guan Eng Disaat Susah

June 30, 2016 by Caspian

Category: editor

images (7)

 

Penahanan kejam Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng semalam jelas suatu perkara yang mengejutkan kerana sebelum ini beliau dikhabarkan tidak akan ditahan kerana tidak mempunyai asas untuk menahannya.

Namun, SPRM dan PDRM akhirnya menahan individu kesayangan Pakatan Harapan ini di penghujung bulan Ramadhan disaat semua orang Islam sedang bersiap sedia untuk menyambut hari raya. Nyata sekali, panahanan ini cukup kejam dan tidak berperikemanusiaan.

Ini kerana, dikhabarkan, kerajaan Pulau Pinang masih belum melunaskan pembayaran bonus hari raya kepada penjawat awam negeri. Dengan penahanan Guan Eng ini, siapa lagi yang boleh menandatangi baucher bonus berkenaan?

Dalam perkembangan yang sama, DAP hari ini menyeru semua pengamal undang-undang didalam Pakatan Harapan untuk tampil kehadapan dalam membela Guan Eng. Seperti sedia maklum, didalam Pakatan Harapan, sememangnya dibanjiri oleh pengamal undang-undang yang cukup berkaliber.

Dijangkakan, lebih 30 orang peguam akan bertindak sebagai peguam bela bagi Guan Eng secara sukarela tanpa bayaran demi memastikan Guan Eng bebas dari tuduhan jahat mainan UMNO dan BN ini.

Menurut sumber dalaman DAP, 23 orang peguam sudah mendaftarkan diri untuk menjadi sukarelawan peguam bela demi Guan Eng sebaik sahaja Mahkamah memulakan prosiding pendakwaannya. Menurut sumber ini lagi, jumlah ini dijangka meningkat dan ada kemungkinan, pengamal undang-undang dari UMNO sendiri akan tampil membela nasib Guan Eng kelak.

Inilah bentuk solidariti sebenar yang ada didalam Pakatan Harapan. Walaupun diluarnya nampak bertelagah, namun, jika ada musibah melanda, PKR, DAP dan PAN akan bekerjasama membantu antara satu sama lain.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243452Total visitors:
  • Skip to toolbar