Tangkapan Guan Eng Kesan Kemenangan BN

June 30, 2016 by Caspian

Category: politik

download (13)

 

Tangkapan ke atas Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang juga adalah Ketua Menteri Pulau Pinang atas dua pertuduhan rasuah adalah satu daripada lapan kesan selepas kemenangan besar BN pada pilihan raya berkembar di Sungai Besar dan Kuala Kangsar pada 18 Jun lalu.

Kemenangan dengan majoriti besar itu memberi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, keyakinan untuk melancarkan serangan politik habis-habisan.

Beliau mempercayai kemenangan itu memberinya lesen untuk melakukan apa sahaja yang disukainya demi mengukuhkan kedudukan kuasa politiknya walaupun mewujudkan paradoks untuk Malaysia – seorang perdana menteri yang seolah-olah begitu berkuasa dan kukuh di negara ini tetapi dianggap oleh masyarakat antarabangsa sebagai perdana menteri paling teruk bagi Malaysia.

Tindakannya itu hampir menjadikan negara ini sinonim dengan rasuah global dengan skandal RM55 bilion 1MDB dan derma RM4.2 bilion yang diterimanya dan sedang disiasat di tujuh negara yang berbeza.

Lapan kesan berkembar pilihan raya kecil itu adalah:

1) Memberi Najib keyakinan dan kepercayaan bahawa beliau boleh ‘menutup begitu sahaja’ skandal RM55 bilion 1MDB dan ‘derma’ RM4.2 bilion di negara ini, sama ada dengan menakut-nakutkan atau mendiamkan pengkritik atau perbezaan pendapat, sama ada di media, masyarakat awam atau politik, menutup penerbitan media, menyekat laman internet, penangkapan dan pendakwaan.

Malah dalam tempoh 10 hari selepas pilihan raya kecil berkembar itu, media antarabangsa terus mendedahakan kesan daripada skandal 1MDB, termasuk menonjolkan mengenai keberadaan jutawan Pulau Pinang Jho Low dan peranan sebenarnya dalam skandal mega Najib.

2) Pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz Mahathir dari Umno dan penggantungan Datuk Seri Shafie Apdal sebagai ahli Umno.

3) Siri tindakan terhadap bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, termasuk serangan propaganda, siasatan polis berhubung kenyataannya menyamakan Najib dengan diktator Uganda Idi Amin dan percubaan untuk menarik balik bantuan kerajaan ke atas projek-projek Mahathir seperti Yayasan Kepimpinan Perdana.

4) Rombakan besar-besaran dalam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang melibatkan kedua-dua pegawai tertinggi suruhanjaya itu.

5) Kempen untuk mencetuskan ketegangan kaum dan agama oleh Utusan Malaysia selepas pilihan raya kecil itu, termasuk tohmahan mendakwa DAP sebagai anti-Melayu dan anti-Islam.

6) Kenyataan DAP sebagai kafir harbi oleh mufti Pahang yang tidak bertanggungjawab yang bukan sahaja diberi keutamaan dan disiarkan di halaman utama akhbar milik Umno, Utusan Malaysia, tetapi dimaafkan oleh Pejabat Perdana Menteri dan kabinet.

7) Rombakan kabinet untuk membawa masuk lebih ramai anggota ‘kaki jilat’ dan ‘pak turut’ yang kesetiaan tunggal mereka adalah untuk survival Najib dan bukan kepada negara atau rakyat.

8) Penangkapan Setiausaha Agung DAP dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng di atas dua tuduhan rasuah dalam cubaan terbaru untuk memusnahkan pembangkang dan mempertahankan kedudukan politik Najib.

Ini adalah sesuatu kesedihan dan memberangkan melihat Najib dan kabinet ‘pengampunya’ tidak melihat keperluan untuk memastikan Malaysia tidak terjerumus menjadi negara gagal ataupun dikuasai oleh penyangak.

Seluruh tujuan penangkapan dan pendakwaan terhadap Guan Eng didedahkan dalam pengakuan yang dibuat dalam satu kenyataan media oleh Pengarah Komunikasi Strategik BN, Datuk Abdul Rahman Dahlan, menteri baru di Jabatan Perdana Menteri semalam, yang berkata tangkapan itu membuktikan DAP bukanlah sebegitu bersih yang didakwa.

Ini adalah masa untuk semua rakyat Malaysia bangkit tanpa mengira bangsa, agama, kawasan atau fahaman politik untuk ‘Selamatkan Malaysia’ daripada menjadi sebuah negara gagal dan kerajaan penyangak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245920Total visitors:
  • Skip to toolbar