Apa Salah Mahathir Kerjasama Dengan Pihak Amerika?

July 28, 2016 by Caspian

Category: editor

download (9)

 

Ketika ini, heboh diperkatakan tentang siasatan yang dilakukan oleh Department of Justice (DoJ) Amerika Syarikat terhadap 1MDB. Dakwa mereka, terdapat orang dalam dari 1MDB yang menimbulkan masalah dengan pihak berkuasa Amerika sehingga mendorong kepada siasatan ini dilakukan.

Malah, pihak DoJ Amerika sendiri mengesahkan, tindakan mereka berlandaskan apa yang dilaporkan oleh WSJ dan Sarawak Report serta laporan yang dikemukakan oleh orang kanan Tun Dr Mahathir sendiri, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan.

Bagi pihak BN dan kerajaan, mereka lantang mengutuk tindakan Tun M dan Datuk Seri Khairuddin ini yang mereka sifatkan sebagai mempelawa Amerika mencampuri urusan negara.

Namun dari satu sudut, apa yang dilakukan oleh Tun M ini adalah bertujuan untuk menyelamatkan negara dari kes 1MDB yang sudah berlarutan sejak sekian lama. Tambahan pula, Tun M hanya meneruskan usaha yang dilakukan oleh Datuk Seri Anwar yang gagal mempelawa Amerika untuk menyiasat akauntabiliti serta intergriti kerajaan dibawah pimpinan Datuk Seri Najib.

Pakatan Harapan percaya, sebagai rakyat, Tun M juga mempunyai hak untuk menyuarakan kepentingan negara kepada dunia luar. Memandangkan Tun M menguasai negara hampir 23 tahun, pastinya beliau mempunyai rakan dari Amerika yang mampu untuk menyiasat semua kepentingan negara yang mungkin ada disalahgunakan di luar negara.

Jika Lim Guan Eng boleh disiasat serta didakwa di mahkamah atas tuduhan palsu penyalahgunaan kuasa, kenapa 1MDB dan Najib sendiri tidak boleh didakwa jika berlaku salah guna kuasa?

Inilah yang mahu dilakukan oleh Tun M, WSJ dan Sarawak Report terhadap 1MDB yang dilihat telah banyak menyusahkan rakyat terutamanya Pakatan Harapan yang diheret untuk membongkar semua salah laku syarikat ini sehingga perjuangan untuk rakyat terpaksa diketepikan dahulu supaya Najib dapat dijatuhkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243452Total visitors:
  • Skip to toolbar