Jangan Campur Tangan Prosiding DOJ

July 28, 2016 by Caspian

Category: politik

1MDB

 

Sebarang rundingan untuk campur tangan dalam prosiding sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) Amerika Syarikat (AS) ke atas lima orang yang disyaki menggunakan duit curi daripada 1Malaysia Development Berhad (1MDB) akan menyebabkan Malaysia hilang kedaulatan.

Tokoh Wartawan Negara, Datuk A Kadir Jasin berkata, sekiranya kerajaan bertindak untuk menghalang pertuduhan itu daripada diteruskan DOJ di mahkamah, kerana salah seorang daripada mereka anak tiri kepada perdana menteri, ia akan menimbulkan isu kedaulatan negara.

“Kalau kita cuba berunding dengan mengatakan, jangan tuduh orang-orang ini, sudah tentu akan menjejas kedaulatan kita. Takkan orang berunding percuma dengan kita. Sudah tentu kena bagi sesuatu kepada Amerika. Kalau kita tak berunding, (akur tindakan) terhadap dua rakyat Malaysia kerana dituduh melakukan jenayah di Amerika, tiada apa-apa yang berlaku.

“Tapi kalau kita kata, tak usahlah kita tuduh mereka ini (kerana) mereka ini anak tiri perdana menteri, tentu mereka bertanya. Kalau kes ini tidak diteruskan di mahkamah, apa yang mereka dapat?” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau mengulas kemungkinan pendedahan DOJ dalam saman sivilnya minggu lalu itu akan membuka jalan kepada campur tangan kuasa asing dalam pentadbiran negara.

Kadir juga berkata, kerjasama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dengan Biro Siasatan Persekutuan (FBI) untuk membantu siasatan kes 1MDB tidak menjejaskan kedaulatan negara.

“Bertukar maklumat untuk mengesan penjenayah adalah perkara biasa dalam perhubungan antarabangsa. Ia menjadi kebiasaan bagi pihak berkuasa di dua negara terbabit untuk bekerjasama.

“Kalau FBI mengesyaki orang Malaysia terlibat dengan pengubahan wang haram, tentu dia akan minta bantuan daripada pihak berkuasa di Malaysia. Tapi kalau FBI datang ke Malaysia, siasat sendiri, itu baru melanggar kedaulatan kita,” ulasnya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Kenapa DOJ tidak hubungi 1MDB untuk pengesahan?]

Mengenai tindakan Naib Ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun kelmarin membuat laporan polis terhadap tiga individu berpengaruh yang terlibat dalam siasatan 1MDB, katanya, ini akan menyebabkan keterangan mereka menjadi dokumen rasmi polis.

“Kalau orang bertiga ini hanya membuat siasatan, itu bukan dokumen rasmi. Bila mereka memberi keterangan kepada polis, sudah jadi dokumen rasmi.

“Kenapa Pemuda Umno buat laporan polis yang membolehkan mereka bertiga boleh memberi kenyataan yang akan menjadi dokumen rasmi?” katanya.

Kerajaan Malaysia menerusi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum ini menyatakan ia memandang serius saman sivil DOJ ke atas 1MDB.

Katanya, kerajaan akan kerjasama dengan badan siasatan antarabangsa selari dengan urus tadbir baik yang sentiasa diperjuangkan kerajaan.

Katanya, nama-nama yang telah disebut dalam laporan DOJ itu akan melalui proses kehakiman di mahkamah AS.

Mengulas isu sama, Pas sebelum ini dilaporkan membidas tindakan DOJ yang dilihat cuba mencampuri urusan hal ehwal negara, sebaliknya menggesa sebarang permasalahan negara diselesaikan secara dalaman.

Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menggesa semua pihak berkaitan tidak mendedahkan ruang kepada kuasa asing untuk masuk campur urusan negara.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243453Total visitors:
  • Skip to toolbar