Mahkamah Tak Yakin ‘Umno Celaka’ Satu Hasutan

July 28, 2016 by Caspian

Category: politik

download (14)

 

Mahkamah Sesyen Pulau Pinang hari ini membebaskan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer daripada tuduhan hasutan kerana menggelar “Umno celaka”.

Kenyataan itu didakwa dibuat di luar bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) Pulau Pinang.

Hakim Mahkamah Sesyen Ibrahim Osman berkata pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap Rayer.

Ibrahim berkata mahkamah tidak diyakinkan bahawa kenyataan Rayer itu berbentuk hasutan, justeru ia dilindungi oleh kekebalan seorang wakil rakyat.

Pada 29 Apri lalu, mahkamah yang sama juga membebaskan pemimpin DAP itu kerana mengeluarkan perkataan ‘celaka’ terhadap Umno semasa ceramah bagi kempen pilihan raya kecil Parlimen Bukit Gelugor pada Mei 2014.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243454Total visitors:
  • Skip to toolbar