Patutkah Kita Beri Mahathir Peluang Selamatkan Malaysia?

July 28, 2016 by Caspian

Category: politik

 

Dennis Ignatius, seorang veteran perkhidmatan luar Malaysia, baru-baru ini menulis satu artikel di mana beliau berkata, “Mahathir mungkin bukan calon yang sesuai untuk menerajui gerakan untuk perubahan tetapi, suka atau tidak, beliau kini adalah satu-satunya pemimpin dengan pengalaman, kedudukan, dan ketokohan untuk mencabar Umno-BN.”

Dennis berkata bahawa “negara kita merosot dengan cepat, dan demokrasi sedang mati.”

Saya bersetuju dengan kedua-dua pengamatan yang dibuat oleh Dennis.

Persoalannya ialah – mengapa kita harus memberi peluang bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad?

Setiap kali Mahathir mencabar Perdana Menteri Najib Razak, tidak kurang yang mendakwa bahawa bekas perdana menteri itu yang menumbangkan institusi politik Malaysia, yang Najib kini gunakan untuk manfaatnya.

Tidak kurang juga yang mendakwa gejala rasuah dan kronisme yang berlaku semasa era Mahathir.

Tetapi bagi saya, tidak ada perbandingan antara zaman Mahathir dan kleptokrasi luar biasa yang kita lihat hari ini di bawah pentadbiran Najib.

Suatu ketika dahulu, mereka berpuas hati mencuri jutaan. Kemudian ia menjadi puluhan juta. Sekarang, di bawah Najib, berbilion-bilion yang hilang.

Suatu ketika dahulu, Siti Hasmah dihormati; hari ini Rosmah akan dihina.

Suatu ketika dahulu, Mahathir ‘terbang’ dengan Malaysia Airlines (MAS); hari ini Rosmah dan Najib ‘terbang’ di seluruh dunia untuk lawatan membeli-belah dengan jet peribadi.

Terdapat ramai, termasuk saya, yang berkata tidak guna untuk menyingkirkan pemimpin korup seperti Najib – jika tidak ada perubahan kepada sistem politik Malaysia itu sendiri. Apa yang kita akan lakukan adalah menggantikan syaitansekarang dengan yang lain.

Mahathir menghabiskan kehidupan politiknya menghentam Amerika, dan tidak ada ‘kasih sayang’ antara kami semasa saya menjadi duta.

Beliau selepas krisis kewangan Asia menyalahkan Amerika, hari demi hari, ke atas segala-galanya yang berlaku.

Ini disusuli dengan tangkapan ke atas timbalan perdana menteri, Anwar Ibrahim ketika itu. Peristiwa ini membawa lebih banyak ketegangan antara kedua-dua negara.

Tetapi saya berada di sana, dan saya tahu tentang kebenaran yang berlaku. Saya tahu kebenaran tentang tuduhan terhadap Anwar. Saya juga tahu apa yang berlaku kepada ekonomi semua negara di Asia Tenggara, dan mengapa ia terjadi.

Jadi saya fikir adalah sama sekali tidak adil bagi Mahathir untuk menyalahkan Amerika berhubung segala-galanya.

Itu adalah jalan mudah untuknya – ia kesalahan Amerika dan “orang putih” dan ia tidak kena mengena dengan dirinya.

Saya adalah duta Amerika Syarikat, dan saya tidak akan hanya berdiri – dan bermain golf – apabila negara saya telah diserang secara tidak adil.

Tetapi sebenarnya, saya juga faham bagaimana marah dan kecewanya Mahathir berhubung apa yang berlaku terhadap ekonomi negaranya – dan mengapa beliau memilih untuk mencaci dan menyalahkan Amerika untuk apa yang berlaku.

Walaupun saya menyeringai apabila Mahathir memburuk-burukkan negara saya, saya masih menghormatinya (dan saya masih hormatinya sekarang) berhubung apa yang beliau lakukan selama lebih 20 tahun untuk membangunkan ekonomi Malaysia dan meningkatkan kedudukannya di dunia.

Sekarang Najib telah memusnahkan segala-galanya pencapaian Mahathir.

JOHN MALOTT adalah bekas duta Amerika Syarikat ke Malaysia. Artikel ini pertama kali dimuatkan di blog Din Merican.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243454Total visitors:
  • Skip to toolbar