UMNO Akan Kalah semua Kerusi Pada PRN Penang September Ini

July 28, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

quote-650x340

Bacaan terkini team pemantau pilihanraya DAP Penang menunjukkan, UMNO akan kalah semua kerusi yang mereka tandingi dalam pilihanraya negeri yang akan diadakan bulan September nanti.

Ini berdasarkan perkembangan semasa dimana ramai orang Melayu bersimpati dengan Ketua Menteri Lim yang diugut dengan dakwaan rasuah membabitkan pembelian rumah dan pertukaran status tanah kepada sebuah syarikat yang dikaitkan dengan isterinya.

Orang Melayu juga terkesan dengan kebaikan Ketua Menteri yang sejak memerintah negeri pada 2008, dilihat telah banyak membantu perkembangan agama Islam dan agama-agama lain dengan memberikan wang yang banyak untuk tujuan mengadakan aktiviti di masjid-masjid seluruh negeri Penang.

Bahkan kerana terlalu baik, pernah pada satu ketika, Ketua Menteri digelar sebagai Khalifah oleh orang Melayu!!  Najib pun tidak pernah diberi pengiktirafan yang sebegini tinggi, Nik Aziz yang bergelar ulama besar itupun bukan, tapi Guan Eng dapat

Jadi tidak ada sebab untuk PKR ragu-ragu untuk bersama-sama DAP dalam mengadakan pilihanraya negeri di Penang September depan.  Sikap bertentangan yang ditunjukkan PKR sekarang seolah-olah menunjukkan mereka akan kalah besar bila mana kajian menunjukkan bahawa UMNO yang akan kalah besar.

Maka itu tidak hairanlah kenapa sudah diwar-warkan bahawa DAP Penang akan meneruskan keputusan untuk mengadakan pilihanraya negeri ini seperti yang telah dirancang, tanpa mengambil kira pandangan PKR dan juga PAN.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1243452Total visitors:
  • Skip to toolbar