Zaid: Muhyiddin Calon PM Dari Pembangkang?

July 28, 2016 by Caspian

Category: politik

download (12)

 

Bekas menteri undang-undang Datuk Zaid Ibrahim membayangkan perkembangan parti pembangkang yang baru diperkenalkan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad.

Zaid berkata, parti itu akan dianggotai kaum Melayu dan Bumiputera serta diketuai bekas Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang berpotensi membuka jalan bagi beliau dilantik sebagai calon perdana menteri baru pembangkang.

“Sebuah parti politik di negara ini boleh berdasarkan satu kumpulan etnik selagi ia bukan rasis, berfikiran sempit dan melampau dalam tindakannya.

“Apa yang kita perlukan adalah sebuah parti berasaskan Melayu yang inklusif dan progresif, dan yang mempunyai semua ciri-ciri sebuah parti masa depan,” Zaid menulis dalam blog terbarunya.

Sebagai perdana menteri pilihan pembangkang, Muhyiddin akan mengisi kekosongan dalam kepimpinan Pakatan Harapan, kata Zaid.

Ini kerana parti-parti pembangkang pada masa ini tidak mempunyai seorang pemimpin yang mampu menyatukan mereka, katanya.

“Sebenarnya mereka fikir mereka cukup kuat untuk menyatukan pembangkang dan mengekang kurangnya kepercayaan bersama yang telah mencemari kerjasama mereka.

“Tetapi mereka tidak,” katanya, memetik contoh konflik PKR dan DAP dalam mengadakan pilihan raya di Pulau Pinang.

Beliau mengulangi pendirian sebelum ini bahawa sekutu DAP itu perlu menyokong pilihan raya negeri seperti dicadangkan.

Satu lagi isu yang perlu ditangani ialah sama ada PAS harus dibenarkan untuk menyertai semula pakatan pembangkang untuk mengelakkan pertandingan tiga penjuru dalam pilihan raya, katanya.

“Jika pembangkang mempunyai pemimpin yang kuat maka pandangan beliau perlu dalam keputusan yang sukar seperti ini. Jika tidak, pertelingkahan akan berterusan,” katanya.

Bagaimanapun, Pakatan Harapan pada September tahun lepas mengumumkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah calon untuk jawatan perdana menteri, jika menang pilihan raya akan datang.

Muhyiddin, bersama-sama bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir dipecat daripada Umno selepas kritikan tidak henti-henti mereka terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Ahli Parlimen Pagoh tersebut pada masa itu berkata, beliau masih menimbangkan sama ada untuk menubuhkan sebuah platform politik baru atau menyertai parti sedia ada.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1245921Total visitors:
  • Skip to toolbar