Gesa Formula Satu Lawan Satu Dilaksanakan

August 30, 2016 by Caspian

Category: politik

Ahmad Fadhli Shaari

 

Pemuda Pas berharap agar formula satu lawan satu dapat dilaksanakan menjelang PRU akan datang.

Ketua Penerangannya, Ahmad Fadhli Shaari berkata, rundingan dalam bentuk persefahaman secara tak rasmi perlu dibentuk bagi memastikan pelaksanaan tersebut dapat dicapai.

“Sebab itu kami (Pas) di Kelantan masih berurusan dgn PKR dan kita juga merupakan sebahagian dari kerajaan di Selangor,”katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Politik Malaysia: “Di Manakah Melayu?” yang diadakan di Auditorium Kompleks Kumpulan Media Karangkraf (Karangkraf) hari ini.

Fadhli berkata, dalam PRU akan datang, Pas harus dilihat sebagai sebuah parti yang sesuai untuk menggantikan Umno memandangkan ia bukannya berjuang hanya untuk orang Melayu sahaja.

Sebagi contoh, beliau memaklumkan bahawa Pas turut meletakkan calon daripada ahli Dewan Himpunan Penyokong Pas Pusat (DHPPP) untuk bertanding dalam PRN Sarawak yang lalu.

“Walaupun pada hakikatnya Pas mengalami kemerosotan dari aspek undi bukan Melayu dalam PRK Sungai Besar dan Kuala Kangsar lalu, namun dalam PRK Romping peratusan undi yang diperoleh Umno jauh lebih merosot dari Pas,”katanya

Dalam pada itu, Fadhli memaklumkan bahawa parti itu turut memberi ruang kepada Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) dalam usaha bagi mewujudkan persefahaman di antara kedua-dua pihak.

“Bila Pengerusi Penaja Bersatu, Tun Dr Mahathir Mohamad hadir ke Kelantan baru-baru ini, kita menghulurkan salam secara tak rasmi dengan membenarkan mereka menggunakan Stadium Ketereh.

“Maknanya, inilah persefahaman yang akan dibentuk menjelang PRU akan datang dan satu lawan satu itu perlu,”katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263332Total visitors:
  • Skip to toolbar