Merdeka: Najib Sebagai PM Sama Seperti Dijajah Semula – P’yokong Dr. M

August 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

n_01rafidahhug

Jika ketika sukan Olimpik dahulu, ada seorang penyokong DAP tidak mahu Malaysia mendapat emas kerana tidak layak akibat diperintah BN, hari ini seorang penyokong Pengerusi Bersatu, Tun Dr. Mahathir Mohammad pula menyifatkan, Najib kekal sebagai Perdana Menteri, tidak jauh bezanya dengan dijajah kembali.

Najib katanya, bertindak seperti penjajah apabila menyekat kebebasan rakyat untuk bercakap.  Siapa yang cuba melawannya, akan dipecat, ditukarkan dan sebagainya. Apa yang berlaku kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin, Tan Sri Gani Patail, satu contoh yang baik untuk dijadikan bukti.

Semua ini tidak pernah berlaku ketika zaman Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dulu.  Rakyat bebas melakukan apa saja, kebebasan bersuara di tahap tinggi dan tidak ada siapa yang dipecat atau disingkirkan kerana menentang Dr. Mahathir.

Rakyat hidup dalam keadaan aman damai dengan tidak ada langsung perkara buruk yang berlaku disebabkan oleh Dr. Mahathir sendiri.

Sebaliknya, apa juga perkara buruk yang berlaku ketika zamannya, bukan disebabkan oleh Dr. Mahathir sendiri, sebaliknya orang lain.  Dr. Mahathir hanya menerima kesannya sahaja kerana beliau adalah Perdana Menteri ketika itu.

Justeru, bermaknakah lagi merdeka hari ini kalau kehidupan tidak jauh beza dengan waktu dijajah, katanya lagi. Najib perlu berundur barulah kemerdekaan ini akan memberi makna kepada semua rakyat Malaysia.

Untuk memastikan kemerdekaan hari ini memberi kesan keapda semua rakyat, Najib perlullah melepaskan jawatannya dengan segera atau mengadakan pilihanraya umum dengan awal bagi membolehkan sebuah kerajaan yang baru dipilih dan menerajui negara ni

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263332Total visitors:
  • Skip to toolbar