RM 4 Billion Dalam Akaun Najib, Muhyiddin Akan Lapor DoJ Minggu Depan?

August 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

1472393389028

Presiden parti Pribumi Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabar akan ke Jabatan Keadilan (DoJ) Amerika Syarikat minggu hadapan untuk melaporkan skandal terbaru Najib berhubung wang lebih RM 4 billion dalam akaun simpanannya seperti yang ditunjukkan bekas Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail.

Tidak dapat dipastikan sama ada Muhyiddin akan pergi bersama Gani atau tidak kerana dakwaan ini semata-mata berdasarkan dokumen yang pernah ditunjukkan Gani kepada beliau.  Muhyiddin sendiri tidak ada dokumen itu.

Bagaimanapun, itu tidak penting.  Yang penting sekarang tindakan Muhyiddin memfailkan laporan ke DoJ ini (jika benar) adalah bukti hilangnya kepercayaan rakyat Malaysia ke atas institusi seperti polis dan SPRM sehingga campur tangan luar diperlukan.

Hanya DoJ saja yang akan memberi perhatian kepada perkara seumpama ini seperti mana mereka memfailkan saman sivil, menuduh antara lain anak tiri Najib, Riza Tahir dan kawan baiknya, Jho Low serta dua yang lain mencuri duit 1MDB walaupun 1MDB tidak melaporkan sebarang kehilangan.

Dalam hal Najib ada RM 4 billion dalam akaun simpanan peribadinya ini, kita yakin DoJ akan memberikan siasatan yang sewajarnya sekalipun tidak disertakan sebarang dokumen.  Yang penting perkara ini sudah dilaporkan oleh media antarabangsa yang berkredibel seperti WSJ dan Sarawak Report.

Itu sahaja sudah cukup untuk DoJ memulakan tindakan undang-undang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263332Total visitors:
  • Skip to toolbar