Bakal PM Interim, Muhyiddin Perlu Dilantik Ketua Pembangkang – Saifuddin

September 30, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

saifuddin-abdullah

Dalam satu kenyataan sebelum ini, Setiausaha Agung Pakatan Harapan, Datuk Saifuddin Abdullah mengesahkan bahawa seorang Perdana Menter interim perlu dilantik sementara menantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim dibebaskan dari penjara.

Walaupun tidak ada nama yang disebut, tidak lain tidak bukan orang yang dimaksudkan itu ialah Presiden PPBM, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Bagaimanapun, interim tak interim, itu hanya pada konvensionnya sahaja.  Seorang Perdana Menteri bila mengangkat sumpah, akan menjalankan tugas sebagai Perdana Menteri yang sebenar, tidak ada istilah Perdana Menteri interim dalam perlembagaan negara.

Justeru, bagi membolehkan untuk dilantik sebagai Perdana Menteri, Muhyiddin perlulah menjadi ketua pembangkang yang baru kerana seorang Perdana Menteri mestilah datang dari pihak yang mempunyai majoriti dalam dewan.

Jika pembangkang menang, orang berkenaan perlulah ketua pembangkang juga sebab ia menggambarkan individu yang menguasai majoriti dalam dewan.

Maka itu menurut Saifuddin lagi, dalam persidangan parlimen yang akan datang, ahli parlimen Pakatan Harapan akan membawa usul untuk melantik ketua pembangkang yang baru iaitu Muhyiddin. Bagaimanapun Datuk Seri Wan Azizah Ismail kekal sebagai ketua pembangkang yang sebenar.

Proses ini hanyalah formaliti bagi membolehkan Muhyiddin dilantik sebagai Perdana Menteri interim kelak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar