Tidak Perlu Adakan PRU14 Tergesa-Gesa

September 30, 2016 by Caspian

Category: politik

Annuar Musa

 

Pilihan raya umum ke-14 (PRU14) tidak perlu diadakan tergesa-gesa hanya kerana ada isu tertentu menyelubungi negara, kata Ketua Penerangan Umno, Tan Sri Annuar Musa.

Beliau berkata, mandat yang diberikan kepada BN hendaklah digunakan sebaik mungkin untuk menyelesaikan masalah dihadapi rakyat dan negara berikutan kelembapan ekonomi dunia.

Katanya kerajaan tidak harus terperangkap dengan provokasi pembangkang yang sentiasa memainkan pelbagai isu termasuk isu perkauman supaya segera mengadakan PRU14 sebelum tempoh akhir 2018.

“Kerajaan yang bertanggungjawab mengutamakan rakyat dan perpaduan kaum, berbeza dengan pembangkang yang lebih pentingkan kuasa politik. Saya harap kerajaan sekarang tidak terikut-ikut rentak mereka.

“Bila rakyat memberi mandat, sewajarnya proses demokrasi itu dibenarkan berjalan sehingga akhir tempoh, bukan diganggu-gugat,” katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Katanya kerajaan BN juga wajar memberi peluang kepada parti politik baharu seperti Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) menyelesaikan pendaftaran mereka dahulu supaya berpeluang bertanding dalam pilihan raya umum.

Annuar berkata, Umno tidak bimbang untuk PRU14 diadakan pada bila-bila masa kerana sentiasa siap siaga.

“Pembangkang sebaliknya tidak akan berhenti mengganggu sehingga jentera kerajaan gagal berfungsi dan rakyat mempersoalkan keupayaan kerajaan mentadbir negara.

“Oleh kerana kerajaan BN lebih bersifat terbuka untuk dikritik dan ditegur, pembangkang seolah-olah tidak peduli masalah rakyat khususnya ekonomi negara,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276081Total visitors:
  • Skip to toolbar