Arkib Bulan: September, 2016

Gesa SPR Baiki Sistem Pendaftaran

  Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) digesa membaiki khidmat pendaftaran pengundi baharu. Naib Presiden PKR, Rafizi Ramli berkata, banyak aduan diterima mengenai ketidakcekapan sistem pendaftaran SPR yang mengecewakan orang ramai. “Sejak Isnin lalu, Invoke (Sukarelawan Keadilan) menerima banyak aduan mengenai dua kelemahan. Pertama adalah borang SPR tidak ada ada di pejabat-pejabat pos Malaysia dengan alasan borang Read More

Nasib Bersatu Sama Macam Semangat 46

  Parti Peribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) dijangka bakal menerima nasib sama dengan parti serpihan Umno, Parti Melayu Semangat 46. Pensyarah Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Samsu Adabi Mamat berkata, ia berdasarkan hakikat parti itu wujud atas dasar protes kepada kepimpinan Umno sekarang. “Kerana itu, parti ini tidak akan kekal lama. Parti ini Read More

Menyusun Pembangkang Menjelang PRU14

  Takdir Tuhan jualah yang menjadikan parti-parti pembangkang hari ini berada dalam keadaan paling kuat untuk berdepan dengan Umno-BN. Tak siapa selama ini terbayang, setelah 18 tahun, akhirnya Dr Mahathir Mohamad bersalaman dengan Anwar Ibrahim. Babak Jabat tangan itu juga satu petanda buruk kepada Umno-BN, iaitu parti yang dahulunya kedua tokoh berkenaan hidup dan perkasakan. Read More

Rakyat Tak Kisah Siapa PM, Asalkan Takut Tuhan

  Rakyat kini tidak kisah siapa yang akan menjadi perdana menteri yang seterusnya asalkan pemimpin itu tidak rasuah dan takutkan tuhan. Perkara itu diluahkan oleh sebilangan warga kota dalam tinjauan Malaysiakini selepas parti BERSATU, menamakan Tan Sri Muhyiddin Yassin manakala PKR pula meletakkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calon perdana menteri seandainya kerajaan baru ditubuhkan Read More

Ayah Tiada ‘Suara Emas’, Tapi Berani Pertahan Prinsip

  Biar apa pun orang kata, bagi Datuk Nurulhidayah, ayahnya Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi tetap seorang yang istimewa. Nurulhidayah berkata, bapanya mungkin tidak fasih berbahasa Inggeris, tetapi mempunyai prinsip bercakap apa yang beliau percaya. “Beliau tiada ‘suara emas’ untuk kagumkan mat salih Malaysia,” katanya. “Tetapi bagi saya, beliau tetap seorang lelaki yang ada gaya, Read More

Dr M singgung Perasaan Jerman, Kata Menteri

  Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap pendukung perdana menteri dengan membandingkan mereka dengan menteri propaganda Nazi Joseph Goebbels menyinggung perasaan Jerman, kata Datuk Abdul Rahman Dahlan. Lebih-lebih lagi, kata menteri di Jabatan Perdana Menteri, ia dilontarkan ketika Datuk Seri Najib Razak berada di negara itu. “Beliau menimbulkan kebencian dan menyinggung banyak perasaan di Jerman Read More

Pemimpin DAP Pertahan PERMATA Yang Dinaungi Rosmah

  Dengan tidak disangka-sangka, Program Permata Negara (PERMATA) yang dinaungi isteri perdana menteri Rosmah Mansor mendapat pembelaan seorang anggota dewan undangan negeri (ADUN) DAP Selangor. Yeo Bee Yin, wakil Damansara Utama, berkata statistik membuktikan pelaburan kerajaan dalam penjagaan dan pendidikan awal kanak-kanak (ECCE) memberi manfaaat kepada pembayar cukai. Ia, katanya mengurangkan kos kebajikan sosial, menurunkan Read More

Protes Umno Hanya Sandiwara

  Protes Umno terhadap persempadanan semula hanya sandiwara kerana parti itu didakwa memperoleh manfaat besar daripada kajian semula persempadanan itu. Naib Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir berkata, kemungkinan akan berlaku sedikit perubahan akibat bantahan itu, namun syor perubahan itu akan tetap dilaksanakan. “Mungkin ada kalangan Umno memprotes, sebenarnya sekadar sandiwara. Itu semua hanya lakonan,” Read More

PM Bayangan Tetap Jadi Tanda Tanya

  SEKIRANYA pakatan pembangkang berjaya memerintah negara, siapakah perdana menteri bayangan mereka? Melalui analisis berita, Timbalan Pengarang Sin Chew Jit Poh, Tay Tian Yan merumuskan, pakatan pembangkang seharusnya rasa bimbang ketiadaan pemimpin mereka yang dilihat mampu memikul tanggungjawab sebagai perdana menteri sekiranya menewaskan BN suatu hari nanti. Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad memilih Read More

Pakatan Harapan Hilang Selangor Jika Tiga Penjuru

  Pakatan Harapan akan ‘hilang’ Selangor sekiranya terjadinya pertembungan tiga penjuru. Penganalisis politik, Profesor Madya Dr Sivamurugan Pandian mengatakan bahawa sekiranya terjadi pertandingan tiga penjuru ini, ia akan memberikan kelebihan kepada BN. “Jika dilihat, perkara yang sama terjadi ketika Pilihan Raya Kecil, Sungai Besar yang menyaksikan BN menang majoriti ketika itu. “Mengenai dakwaan akan kehilangan Read More

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1276266Total visitors:
  • Skip to toolbar