Baju Merah Akur Jika Bersih Ikut Undang-Undang

October 31, 2016 by Caspian

Category: politik

Baju merah akur jika Bersih ikut undang-undang

 

Gerakan Baju Merah berikrar akan menghalang Perhimpunan Bersih 5 yang dijadualkan di Kuala Lumpur hujung November ini.

Pengerusi Gabungan NGO-NGO Malaysia, Datuk Seri Jamal Md Yunos berkata, pihaknya akan turut berhimpun di mana saja lokasi Bersih 5 berada dan akan mengikut undang-undang sekiranya penyokong Baju Kuning melakukan perkara sama.

“Kalau kami diarahkan duduk dalam stadium, kita akan masuk dalam stadium. Tetapi, jika Bersih kurang ajar, kita akan 10 kali kurang ajar dari bersih ini,” katanya pada sidang media selepas Perhimpunan Baju Merah V2 Peringkat Parlimen Sungai Besar di Bangunan Umno Sungai Besar, di sini, petang tadi.

Jamal turut melahirkan rasa curiganya terhadap dana yang diperoleh Bersih yang disifatkannya sebagai sebuah pertubuhan haram.

“Hairannya, bagaimana dana mereka ini begitu banyak sekali dan kita amat terkejut baru-bari ini melalui media sosial, sebenarnya mereka ini dapat sumbangan yang begitu banyak?

Tegasnya, apa yang diperkatakan Bersih itu hanya untuk kepentingan politik semata-mata demi mencapai hasrat menjatuhkan kerajaan sedia ada.

“Agenda Bersih, ingin menumbangkan kerajaan BN yang dipilih oleh rakyat secara sah melalui sistem pilihan raya pada Pilihan Raya Umum lalu,” katanya.

Dalam pada itu, katanya, pihaknya telah memohon permit daripada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada minggu lalu.

“Kami telah pun memohon permit untuk mengadakan perhimpunan tersebut di Dataran Merdeka, Padang Merbok dan kawasan sekitarnya, Putrajaya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA 2 kerana tempat-tempat itulah yang akan menjadi tempat perhimpunan Bersih 5.

“Selain itu, kita juga dalam proses untuk mencari pihak insurans yang boleh memberikan perlindungan insurans kepada peserta kami seramai 300,000 ini,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263330Total visitors:
  • Skip to toolbar