Bantu Mangsa Banjir Tugas JKM, Bukan Kerajaan DAP

October 31, 2016 by Suara Kebenaran

Category: editor

banjir_farlim

Mengikut konsep negeri dan persekutuan yang diamalkan di Malaysia, segala hal berkaitan keselamatan, termasuk bencana alam seperti banjir, tanah runtuh dan sebagainya, adalah diuruskan oleh agensi berkaitan kerajaan persekutuan.

Seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) yang berada di bawah kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.

Mereka inilah yang akan menguruskan hal ehwal berkaitan bencana alam, kerajaan negeri, baik dibawah BN atau Pakatan Harapan dimana-mana sekalipun, tidak terlibat.

Samalah halnya seperti kejadian banjir besar yang melanda Penang hujung minggu lepas.  Banjir yang menyebabkan banyak kawasan dinaiki air itu, berpunca dari kegagalan kerajaan pusat menyediakan bantuan wang untuk projek pembesaran sungai yang telah lama dipohon kerajaan negeri.

Jadi itu adalah masalah mereka (kerajaan pusat) sekalipun berlaku dalam negeri yang kita perintah.

Maka jangan hairanlah kenapa pimpinan Pakatan Harapan negeri tidak turun melihat mangsa banjir atau menyerahkan kepada pegawai daerah untuk membantu rakyat kerana memang bukan dibawah kuasa kerajaan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1298729Total visitors:
  • Skip to toolbar