Hari Paling Gelap Bila Dr M, Kit Siang ‘Cium Mulut’ – Shahrizat

November 30, 2016 by Caspian

Category: politik

 

Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, hari paling sedih dalam hidupnya ialah apabila melibat bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan veteran DAP Lim Kit Siang ‘bercium mulut’.

Katanya, sebelum ini, Mahathir tidak pernah menyukai Kit Siang namun hari ini berlaku sebaliknya.

“Paling saya sedih puan-puan apabila bekas pemimpin kita bersekongkol dengan pembangkang. Saya berasa pelbagai perasaan yang saya lalui daripada terkejut kepada kesedihan, kemarahan dan lain-lain.

“Hari yang saya lihat mereka bercium mulut dengan Lim Kit Siang adalah hari yang paling gelap dalam hidup saya, saya malu. (Selama) 22 tahun jadi pemimpin kita sayang sanjung, naik turun beliau duka beliau menjadi duka kita.

“Dia yang kata Lim Kit Siang macam itu (ini tapi) hari ini apa yang berlaku. Kalau kita baca dalam media, itu agenda nak naikkan anak dia tapi jangan terima. Jangan jadikan agenda peribadi sebagai agenda politik,” katanya.

Shahrizat berkata demikian dalam ucapan dasarnya dalam Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2016 di PWTC.

Mahathir meninggalkan Umno bersama-sama beberapa pemimpin lain dan mewujudkan Deklarasi Rakyat yang menyaksikan gerakan yang menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak agar meletakkan jawatan.

Seterusnya, Mahathir turut menubuhkan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) bersama-sama beberapa tokoh Umno lain seperti Tan Sri Muhyiddin Yassin dan dan anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir.

Seorang lagi tokoh Umno yang turut meninggalkan parti itu, Datuk Seri Shafie Apdal pula menubuhkan Parti Warisan Sabah (WARISAN).

Mengulas lanjut, dalam ucapan yang sama, Shahrizat berkata, 1MDB sengaja diwujudkan oleh pembangkang untuk menjatuhkan Najib.

“Sebenarnya, 1MDB itu adalah agenda pembangkang, yang saya nak sebut nama pun tak boleh keluar.

“Sebenarnya 1MDB adalah agenda pembangkang dan mereka nak jatuhkan kerajaan yang dikemudikan oleh Datuk Seri Najib, very simple (mudah sahaja),” katanya yang menggesa wanita tidak terpedaya dengan provokasi pembangkang itu.

Beliau menambah, Malaysia berada dalam keadaan yang terancam apabila hartawan Amerika Syarikat, George Soros melalui Open Society Foundation (OSF) cuba campur tangan dalam urusan negara ini.

“Malaysia berada di satu keadaan yang terancam, kerana campur tangan kuasa asing, puan-puan sanggup ke nak biar kedatangan kembali George Soros berpijak bumi Malaysia. Dia penyangak mata wang, hari ini penyangak segala penyangak.

“Saya rasa beliau tak pernah jumpa dengan kita Wanita Umno. Saya bukan nak kata selagi wanita bersama Umno, George Soros tak boleh tembusi perjuangan kita,” katanya dan disambut tepukan hangat dari Wanita Umno.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar