Maria Chin Terima Surat Berisi Peluru

November 30, 2016 by Caspian

Category: politik

Maria Chin

 

Pengerusi Bersih 2.0, Maria Chin Abdullah menerima sepucuk surat berbaur ugutan bunuh dan berisi sebutir peluru.

Laporan Free Malaysia Today mengatakan peluru berukuran .44mm berkenaan dipercayai jenis sama dengan peluru yang dihantar ke kediaman Maria pada 18 November lepas.

“Amaran terakhir. Kalau tidak, R.I.P. (rest in peace) Marina dan keluarga,” ditulis dalam surat tersebut.

Maria ketika mengulas mengatakan pengirim surat tersebut ‘tersilap hantar’.

“Mereka sentiasa silap,” katanya merujuk pada kesalahan ejaan namanya pada surat berkenaan, semalam.

[ARTIKEL BERKAITAN: Maria Chin bebas selepas 10 hari]

Beliau bagaimanapun menganggap tindakan menghantar surat ugutan tersebut sebagai sesuatu yang menjijikkan.

“Saya juga ada terima mesej WhatsApp. Saya tak boleh cakap saya dah biasa dengan semua ugutan bunuh ini.

“Saya fikir adalah sangat menjijikkan dan dahsyat untuk seseorang melakukan perkara sebegini kepada saya dan keluarga saya,” kata Maria lagi.

Maria sebelum ini ditahan mengikut Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (Sosma) pada 19 November lepas.

Beliau baharu sahaja dilepaskan dari tahanan kelmarin.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar