PAU 2016 Penyumbang Utama Pada Kelemahan Ekonomi Negara

November 30, 2016 by Caspian

Category: editor

download-16

 

Bermula semalam, Umno telah mengadakan perhimpunanan tahunannya di PWTC. Seperti biasa, sebagai parti pemerintah, pasti banyak wang dan peruntukan mengalir bak air sungai untuk menampung majlis besar seumpama ini.

Tidak syak lagi, apa yang dilakukan Umno tidak lebih dari sekadar menunjukkan mereka mempunyai kuasa untuk melakukan perhimpunan besar seumpama ini. Disaat Datuk Seri Najib menyeru rakyat untuk berjimat cermat, Umno yang diketuainya menghabiskan jutaan Ringgit untuk mengadakan perhimpunan tahunan seumpama ini.

Lebih menarik lagi, Umno telah melancarkan pembinaan Pusat Dagangan Dunia KL Putra (KL PWTC) yang dikatakan bakal menjadi bangunan ikonik baru Kuala Lumpur. Bukankah ini satu pembaziran hanya untuk membina sebuah bangunan yang hanya boleh digunakan oleh 1 parti sahaja?

Persoalannya, apa kegunaan PWTC sedia ada hari ini jika KLPWTC pula di bina? Justeru, andai Pakatan Harapan berjaya menawan Putrajaya, projek seperti ini pasti akan dibatalkan kerana ianya jelas membazirkan wang rakyat.

Lihat cara Pakatan Harapan mengadakan Konvensyen Pakatan Harapan baru-baru ini. Ianya diadakan secara sederhana serta melibatkan kesemua parti sekutu Pakatan Harapan.

Nyata sekali, Pakatan Harapan jauh lebih memahami apa itu keperluan berjimat cermat berbanding UMNO yang tidak habis-habis membazir wang rakyat dengan mengadakan Perhimpunan Tahunan UMNO di PWTC.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

  • Video Pilihan

  • Gambar Pilihan

  • Post Terkini

  • Arkib

  • RSS Free Malaysia Today

  • RSS Utusan Malaysia

  • RSS Roket Kini

  • NetworkBlogs

  • Alexa Rank

  • Jumlah Pelawat

    • 1263331Total visitors:
  • Skip to toolbar